Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sukarelawan bantu kemas, cat rumah

Jan 23, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI 100 relawan dari Young NTUC dan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East telah memberi bantuan kepada 23 keluarga di Tampines dan Pasir Ris, semalam.



Menjelang perayaan Tahun Baru Cina, jangkauan masyarakat yang dipanggil Project Refresh, adalah satu inisiatif mengemas dan merapikan rumah keluarga yang memerlukan.



Tahun ini adalah kali keenam Project Refresh dilaksanakan dan buat julung-julung kalinya bekerjasama dengan ART:DIS, sebuah badan amal yang berdedikasi untuk mencipta peluang pembelajaran dan mata pencarian untuk orang kurang upaya dalam seni.



Selain mengecat, membersih dan mencantikkan rumah-rumah tersebut, setiap keluarga juga akan menerima karya seni inspirasi yang dilukis oleh artis berkeperluan khas dalam latihan di ART:DIS.



Seramai tujuh artis daripada ART:DIS mengambil bahagian dalam projek itu dengan menyumbang 34 karya seni mereka untuk mencantikkan kediaman golongan keluarga kurang berkemampuan.



Melalui seni, mereka berharap dapat berkongsi mesej harapan dan daya tahan untuk merangsang orang lain.



Dalam pada itu, projek itu juga telah bekerjasama dengan syarikat tempatan Aztech Global Ltd, Pemimpin Kesatuan, Bright Kids School House, Singapore Airlines, Hospital Besar Changi dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur.



Turut menyertai dalam jangkauan itu semalam adalah Mayor CDC North East, Encik Desmond Choo, dan Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol dan penasihat akar umbi kawasan itu, Encik Sharael Taha.



Rumah benefisiari akan dilengkapi dengan hiasan Tahun Baru Cina.



Selain seni karya, benefisiari juga akan menerima perkakas elektrik dan biskut perayaan yang disumbangkan oleh sukarelawan syarikat Aztech Global.



Selain itu, Young NTUC juga akan dibantu oleh Pemimpin Kesatuan, Bright Kids School House, Singapore Airlines, Hospital Besar Changi dan ITE Kolej Timur semasa jangkauan semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >