Subuh
5:36
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:02
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Sukarelawan gotong royong agih daging korban

Aug 06, 2022 | 02:23 PM

LEBIH 70 sukarelawan dari rangkaian Pemulihan Melayu/Muslim (MMO) bergotong-royong di Masjid Al-Amin untuk usaha pengagihan daging korban kepada waris pesalah yang dirasmikan oleh Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim yang berlangsung hari ini. (6 Ogos).

Acara ini bertujuan untuk mendekati keluarga pesalah, yang juga penerima manfaat organisasi di bawah Rangkaian Pemulihan MMO sambil menyediakan mereka dengan daging korban semasa tempoh Hari Raya Aidiladha.

Bercakap kepada para sukarelawan, Dr. Faishal yang turut ikuti sukarelawan FITRAH untuk mengagihkan daging korban kepada waris yang tinggal di kawasan Bukit Batok dan Chua Chu Kang berkata:

“Usaha mendekatkan masyarakat dengan bekas pesalah dapat membantu pemulihan dan integrasi mereka.

"Proses pemulihan bukan mudah, ianya kompleks, dan kita semua perlu turun padang dan berikan sokongan."

Tujuh pertubuhan daripada Rangkaian Pemulihan MMO telah mengambil bahagian dalam acara itu dan ini termasuk New Life Stories, Rumah Peralihan Pertapis, Rumah Peralihan Jamiyah, Yayasan Mendaki, AMP Singapura, 4PM dan Fitrah.

Sukarelawan rangkaian MMO ini dapat mengedarkan daging korban kepada 158 penerima di seluruh Singapura.

Setiap keluarga menerima dua kilogram daging yang disediakan oleh Salam SG Korban. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3