Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sukarelawan Mesra 'turun padang' meriahkan suasana CNY

Feb 04, 2019 | 05:30 AM



DALAM usaha mewujudkan kesefahaman antara masyarakat berbilang kaum, para sukarelawan dari Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) 'turun padang' untuk memeriahkan lagi suasana perayaan Tahun Baru Cina di Chinatown.



Buat julung-julung kalinya, seramai 30 sukarelawan pelbagai usia dari Mesra dan cabang belianya, Mesra Youth, mengagihkan hampir 400 beg buah limau kepada masyarakat Cina di sana.



Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, yang juga merupakan penasihat Mesra, turut serta acara tersebut.



Beg-beg buah limau itu mula diedarkan sekitar 2.30 petang berdekatan Kelab Masyarakat Kreta Ayer dan juga Kompleks Chinatown.



Sebelum itu, sukarelawan yang terlibat juga telah mempelajari sedikit sebanyak budaya dan tradisi masyarakat Cina dari anggota Jawatankuasa Budaya Persatuan Suku Kaum Cina Persekutuan Singapura (SFCCA), Cik Anne Lee.



Ini termasuk maksud di sebalik lohei, tarian naga serta pemberian hong bao.



Semasa ditemui media semalam, Dr Faishal berkata acara seperti itu penting dalam usaha mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan serta kesefahaman di kalangan masyarakat berbilang bangsa dan agama di Singapura.



"Melalui acara ini kita dapat melihat secara terbuka bahawa masyarakat Melayu mahu mempelajari dan memahami kaum lain dan juga budaya mereka.



"Dalam kehidupan masyarakat berbilang bangsa, amat penting untuk kita berinteraksi dan belajar untuk menghargai budaya dan tradisi kaum lain untuk mendorong perpaduan sosial," ujarnya.



Timbalan Pengerusi Mesra, Cik Amatul Jameel Suhani Sujari, 50 tahun, berkata sambil menyebarkan kemeriahan kepada masyarakat Cina di Chinatown, Mesra juga mengambil kesempatan itu untuk meningkatkan kesedaran tentang badan tersebut.



"Dalam beg-beg itu kami juga ada menyelitkan risalah Mesra supaya masyarakat lain tahu apa itu Mesra dan apa yang kami lakukan," katanya.



Salah seorang sukarelawan, Cik Marina Haji Mohamad yang datang bersama suami dan anaknya yang berusia lima tahun, berkata keluarganya gembira 'mengorbankan' Ahad mereka untuk aktiviti seperti itu.



"Kami ingin turut serta dalam menyebarkan kegembiraan kepada mereka yang menyambut perayaan ini. Pada masa yang sama ini juga merupakan pendedahan yang baik untuk anak saya," ujar Cik Marina, 41 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >