MENUKIL kata-kata daripada kisah dongeng Aesop, "tiada perbuatan baik, walau sekecil mana pun, akan menjadi sia-sia", Presiden Pertapis, Encik Hussaini Abdullah, memuji sukarelawan yang telah menghabiskan masa dan tenaga mereka demi kebaikan penduduk dan penerima bantuan badan tersebut.
Ternyata, kata-kata tersebut cukup tepat menggambarkan pengalaman yang dilalui Encik Muhd Noor Rusydi Rasib, 23 tahun, serta teman-temannya yang lain daripada Politeknik Republik (RP).