Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sukatan pelajaran JC disemak agar sejajar dengan perubahan zaman

Feb 04, 2016 | 09:24 AM



SUKATAN PELAJARAN maktab rendah (JC) telah melalui rombakan pertama dalam satu dekad, menjejas sekitar 9,900 yang memasuki JC tahun ini.


Perubahan dalam pelbagai mata pelajaran, daripada kemanusiaan hingga sains dan matematik, bertujuan mendapatkan pelajar menggunakan pengetahuan bilik darjah bagi konteks dunia sebenar, dan terdedah kepada kandungan lebih semasa, lapor akhbar The Straits Times pada Khamis (4 Feb)


Pelajar juga akan diuji dalam kemahiran seperti mengaitkan topik berbeza.


Sebagai contoh, mereka perlu mendapatkan kaitan antara geografi fizikal dan manusia, dan bukan hanya belajar dua bidang itu secara berasingan.


Bagi biologi, dua topik - penyakit berjangkit dan perubahan iklim - telah ditambah kerana kaitannya dengan konteks global dan tempatan.


Juga bagi pelajar sains, peperiksaan praktikal, yang bernilai 20 peratus daripada jumlah markah, akan diambil pada akhir dua tahun JC, berbanding sekali setiap tahun. Ia juga dijangka menguji kemahiran makmal lebih luas.


Bagi matematik, kira-kira 10 peratus kandungannya telah dipotong untuk memberi guru lebih banyak masa meneroka dengan pelajar cara mata pelajaran itu boleh diaplikasikan dalam dunia sebenar.


Mata pelajaran peringkat A dibahagikan kepada tiga peringkat - H1, H2 dan H3 - dengan keluasan kandungan meningkat daripada H1 hingga H3.


Kebanyakan pelajar sekarang mengambil tiga mata pelajaran H2 dan satu mata pelajaran H1 yang berasaskan kandung, yang harus merupakan subjek berbeza di luar kawasan pengkhususan utama pelajar.


Mereka juga perlu mengambil mata pelajaran Kertas Am, Bahasa Ibunda - kecuali bagi yang telah lulus bahasa Ibunda Lanjutan di peringkat O - Kerja Projek.


Kebanyakan perubahan tahun ini ialah dalam mata pelajaran peringkat H2.


Sebagai respons kepada pertanyaan, Kementerian Pendidikan (MOE) berkata sukatan pelajaran yang disemak itu bertujuan "mengukuhkan minat pelajar dan penguasaan mata pelajaran, serta keupayaan mereka berfikir secara kritis dan menggunakan pemahaman mereka dalam konteks dunia sebenar".


Para guru telah menghadiri bengkel latihan dan perbincangan sejak tahun lalu bagi untuk membiasakan diri dengan perubahan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >