Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sukatan pelajaran vokasional bagi sekolah khas: Maliki

MOE laksana VE TLS di 20 sekolah Sped mulai Jan, bertujuan bantu pelajar dengan lebih baik untuk kerja
Jul 28, 2022 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) akan melaksanakan Sukatan Pelajaran Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Vokasional (VE TLS) di 20 sekolah pendidikan khas (Sped) bermula Januari 2023.



Sukatan pelajaran tersebut bertujuan menyediakan pelajar Sped dengan lebih baik agar mereka dapat memberi sumbangan kerja yang bermakna setelah tamat sekolah nanti.



VE TLS baru itu dibentuk berdasarkan Rangka Kerja Pendidikan Vokasional yang telah diperkenal pada 2010.



Antara lain, sukatan pelajaran baru itu akan menerima pakai konsep kerja yang lebih luas dan lebih inklusif untuk mengiktiraf laluan kerja yang pelbagai bagi graduan Sped, melangkaui pekerjaan terbuka dan disokong.



Ini termasuk pekerjaan terlindung dan tersuai, kerja sukarela, kerja di rumah dan bekerja sendiri.



VE TLS itu juga akan mengambil pendekatan berpusatkan individu yang memberi fokus kepada bagaimana setiap pelajar boleh belajar dan menyumbang berdasarkan minat dan kekuatan mereka.



Selain itu, ia akan mempunyai fokus yang lebih mendalam terhadap kemahiran insaniah yang akan melengkapkan pelajar dengan kemahiran seperti komunikasi, kebolehsuaian, penyelesaian masalah, dan pengurusan diri.



Mengumumkan demikian semalam, Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, berkata MOE komited membolehkan semua pelajar Sped hidup berdikari dan menyumbang kepada masyarakat.



Ini dilakukan menerusi kerjasama dengan SG Enable, majikan dan penjaga untuk menyokong aspirasi kerja graduan Sped.



"Saya berbesar hati sukatan pelajaran VE yang dipertingkat ini akan menyumbang kepada mengukuhkan kebolehpasaran golongan kurang upaya (PWD) dan individu dengan keperluan khas.



"Saya harap sukatan pelajaran VE baru akan melakar jalan bagi peluang lebih inklusif bagi pelajar-pelajar kita untuk menjalani kehidupan lebih bermakna melalui sumbangan di rumah, masyarakat dan di tempat kerja," ujar Dr Maliki.



Sekolah-sekolah Sped di sini dibimbing oleh Rangka Kerja Kurikulum Sped MOE untuk mencapai hasil Sped yang diinginkan.



Menurut MOE, VE TLS baru akan menekankan pengajaran kemahiran insaniah secara disengajakan dalam situasi autentik.



Kurikulum Kemahiran Insaniah dalam VE TLS terdiri daripada kemahiran sosial dan kehidupan generik, misalnya berinteraksi dalam kumpulan; kemahiran kebolehkerjaan teras, misalnya kemahiran menyelesaikan masalah; dan kemahiran penentuan kendiri yang boleh dipindahkan merentas konteks peribadi, sosial dan pekerjaan dan disusun dalam empat kecekapan teras iaitu Pengurusan Diri, Komunikasi, Berhubungan dengan Orang Lain dan Kebolehsuaian.



Melalui VE TLS, pelajar akan melalui pengalaman kerja dengan bimbingan guru-guru Sped, jurulatih kerja dan profesional bersekutu.



Sepanjang tahun persekolahan menengah mereka, pelajar Sped juga akan didedahkan kepada dunia pekerjaan melalui aktiviti kerja berasaskan masyarakat atau sekolah.



Pendidikan vokasional adalah sangat penting bagi pelajar Sped, kata jurulatih kerja di Eden School, Cik Maisarah Jalaludin, kerana ia membantu mereka belajar kemahiran seharian yang diperlukan untuk hidup berdikari.



"Kita perlu melengkapkan mereka (pelajar berkeperluan khas) dengan kemahiran praktikal bagi pekerjaan mereka di masa depan.



"Ini akan meningkatkan peluang pekerjaan mereka agar mereka dapat mempunyai kehidupan yang berdikari dan lebih berkualiti," ujarnya.






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >