Subuh
5:52
Syuruk
7:09
Zuhur
1:13
Asar
4:13
Maghrib
7:15
Isyak
8:24

Suku jawatan kosong di S'pura tidak dipenuhi lebih 6 bulan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Suku jawatan kosong di S'pura tidak dipenuhi lebih 6 bulan

Oct 05, 2021 | 05:12 PM

LEBIH sesuku jawatan kosong di Singapura tidak diisi selama enam bulan atau lebih, kata Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng pada Selasa (5 Okt).

Ini menunjukkan kesukaran memadankan pencari kerja dengan pekerjaan yang sesuai sedang Singapura mengubah ekonominya.

Meski terdapat usaha melatih dan meningkatkan kemahiran pekerja melalui banyak skim, sekitar 27 peratus jawatan kosong di sini tidak dipenuhi selama enam bulan atau lebih, menurut data terkini yang tersedia dari 2020.

Dr Tan berkata bilangan jawatan kosong berbanding penganggur mencapai tahap tinggi 1.63 pada Jun 2021.

Beliau berkata banyak jawatan kosong ini merupakan dalam sektor pembinaan, di mana kekurangan disebabkan oleh langkah kawalan sempadan untuk mengekang penularan Covid-19.

Pun begitu, hampir 44,000 pencari kerja mendapat pekerjaan melalui perkhidmatan yang disediakan Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) dan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).

Secara keseluruhan, sekitar 128,000 pencari kerja setempat telah ditempatkan dalam pekerjaan dan peluang pekerjaan sehingga akhir Julai tahun ini, dengan hampir enam dari 10 penempatan diberikan kepada pekerja karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) pertengahan kerjaya. - The Straits Times

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3