Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suku kaum tertua Cina Hakka S'pura rai ulang tahun ke-200

Dec 10, 2022 | 05:30 AM



PERSATUAN suku kaum Cina seperti Wui Chiu Fui Kun seharusnya mempromosikan budaya unik Cina, membantu pendatang baru berintegrasi dalam masyarakat berbilang kaum di sini, dan menarik golongan belia secara aktif sebagai sebahagian perancangan penggantian kepimpinan.



Berucap semasa sesi makan malam ulang tahun ke-200 suku kaum Hakka itu di Hotel Orchard kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata perbadanan masyarakat Cina, termasuk persatuan suku kaum, memainkan peranan penting dalam melestarikan budaya unik Singapura, lapor The Straits Times.



Mereka juga membantu menegaskan lagi identiti yang dirasakan warga Singapura dan memastikan terdapat kemesraan dengan bangsa-bangsa lain.



Encik Wong merujuk kepada beberapa contoh seperti lohei - iaitu mencampak dan mencampurkan salad ikan mentah sewaktu Tahun Baru Cina - dumpling Nonya, dan juga getai (persembahan pentas) sewaktu lelong diadakan ketika upacara musim 'Hungry Ghost' sebagai sebahagian budaya unik Cina Singapura.



"Saya berharap persatuan suku kaum juga dapat mengamalkan daya kreativiti dalam menganjurkan acara dengan cita rasa orang tempatan, untuk membantu pendatang migran baru bermesra dengan lebih pantas dan mendalam dalam masyarakat berbilang kaum kita dan mencapai rasa kekitaan di sini," katanya dalam bahasa Mandarin.



Beliau menambah, untuk menjamin perancangan penggantian kepimpinan serta kekalan persatuan suku kaum buat jangka masa panjang, mereka harus menyediakan aktiviti yang menarik untuk generasi muda.



Wui Chiu Fui Kun, yang mempunyai sekitar 300 ahli adalah persatuan suku kaum Cina tertua di Singapura.



Ia bergiat aktif dalam usaha menyumbang kepada masyarakat menerusi konsert amalnya, termasuk satu acara yang dianjurkan Mei lalu untuk mengumpul dana bagi Palang Merah Singapura.



Ia juga kerap menyesuaikan diri dengan teknologi terkini seperti menggunakan Zoom untuk mengadakan mesyuarat secara dalam talian dan WhatsApp bagi mesyuarat agung tahunannya sewaktu pandemik Covid-19.



Cik Terene Seow, presiden persatuan itu berkata, pengasas awal persatuannya telah membina kuil Fuk Tak Chi di Telok Ayer, kolumbarium Kwong Wai Siew Peck San Theng, Hospital Kwong Wai Shiu Hospital, dan sekolah-sekolah di bawah Persekutuan Hakka Nanyang yang telah memberi manfaat kepada masyarakat hingga kini.



Beliau menambah dalam bahasa Mandarin: "Kami akan terus berbakti kepada masyarakat dan menganjurkan kerja amal, kebudayaan dan aktiviti bagi belia untuk menyebarkan lagi kesedaran terhadap budaya Cina dan menggalakkan penukaran kebudayaan bersama bangsa-bangsa lain."



Persatuan itu, yang dinobat Anugerah Persatuan Terbaik, Persekutuan Persatuan Suku Kaum Cina Singapura (SFCCA) pada September tahun lalu sedang merancang untuk berpindah ke bangunan pegangan bebas mereka di Joo Chiat Road.




"Saya berharap persatuan suku kaum juga dapat mengamalkan daya kreativiti dalam menganjurkan acara dengan cita rasa orang tempatan, untuk membantu pendatang migran baru bermesra dengan lebih pantas dan mendalam dalam masyarakat berbilang kaum kita dan mencapai rasa kekitaan di sini."
- Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >