Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sultan Brunei akhiri Lawatan Negara ke Singapura

Aug 26, 2022 | 09:01 PM



SULTAN Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, telah menamatkan Lawatan Negara ke Singapura hari ini.



Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya hari ini (26 Ogos) menyatakan, Lawatan Negara selama dua hari, pada 24 dan 25 Ogos itu, mengesahkan hubungan istimewa dan kekal lama antara Singapura dan Brunei. 



"Lawatan Negara ini meneruskan momentum pertukaran peringkat tinggi antara kedua-dua negara, termasuk lawatan Perdana Menteri Lee Hsien Loong ke Brunei bagi sambutan ulang tahun ke-76 Sultan Brunei pada Julai 2022, di mana Encik Lee dan isteri dikurniakan Darjah Kebesaran Negara, dan lawatan Yang Amat Mulia Haji Al-Muhtadee Billah, Putera Mahkota dan Menteri di Pejabat Perdana Menteri Brunei Darussalam ke Singapura untuk Program Pemimpin Muda ke-8 pada Ogos 2022," menurut kenyataan MFA. 



Semasa Lawatan Negara itu, kedua-dua pihak membincangkan cara untuk meluaskan kerjasama dua hala dalam bidang daya tahan makanan dan bekalan perubatan, tenaga, dan ekonomi hijau.



Agensi-agensi Singapura dan Brunei juga menandatangani Memoranda Persefahaman bagi Kerjasama dalam Tenaga dan Ekonomi Hijau; Memperkukuh Kerjasama Perdagangan dan Pelaburan dalam Produk Makanan dan Perubatan.



"Singapura dan Brunei kini bekerjasama dalam memperkukuh daya tahan kita dalam menghadapi iklim yang tidak menentu. Lawatan Yang Amat Mulia ke Singapura adalah satu usaha baik untuk kedua-dua negara mempertingkatkan lagi tunggak tradisional kerjasama, termasuk pertahanan dan kewangan," kata MFA lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >