Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sumbang idea rancangan semakan penggunaan tanah bagi harungi cabaran masa depan: URA

Jul 18, 2021 | 05:30 AM



BUAT julung-julung kalinya dalam tempoh 50 tahun, semakan jangka panjang penggunaan tanah di Singapura tidak hanya menghasilkan satu rancangan tetapi membentangkan beberapa pilihan bagi menangani masa depan yang kian tidak menentu.



Warga Singapura juga diminta menyumbang idea dan visi pada semakan rancangan penggunaan tanah ini menerusi latihan perundingan selama setahun, umum Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) semalam.



URA berkata, dalam ketidaktentuan yang berpunca daripada perubahan sosial, demografi, sekitaran dan teknologi, semakan perancangan jangka panjang ini akan tertumpu pada kebingkasan, kelenturan dan bersifat inklusif.



Agensi itu juga menambah fleksibiliti dalam perancangan akan membolehkan generasi mendatang menyesuaikan diri dengan gangguan seperti wabak Covid-19.



Perundingan awam bagi semakan jangka panjang ini dijalankan dalam empat fasa antara bulan ini hingga Jun tahun depan, dengan setiap fasa berlangsung selama tiga bulan.



Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, dan Menteri Kedua Pembangunan Negara, Cik Indranee Rajah, memulakan rundingan ini semalam, dalam satu sesi perbincangan tertutup dengan 20 belia.



Mulai semalam hingga 16 Ogos ini, orang ramai boleh menyumbang pandangan mereka menerusi tinjauan dalam talian di laman www.ura.gov.sg/Corporate/Planning/Long-Term-Plans/Long-Term-Plan-Review.



Keterangan tentang cara melibatkan diri dalam fasa semakan selanjutnya akan diumumkan pada masa akan datang.



Bulan lalu, Encik Lee, yang berucap di Sidang Puncak Kota Dunia, berkata sedang Singapura bergerak ke arah aturan kerja jarak jauh, isu seperti ruang pejabat yang diperlukan serta reka bentuk lokasi pejabat dan perumahan perlu ditinjau semula.



Secara meluas, Singapura perlu menyemak pendekatannya dalam penggunaan tanah dan perancangan kota kerana pandemik Covid-19 membawa impak dalam banyak aspek kehidupan, kegiatan riadah dan pekerjaan.



Rancangan jangka panjang yang sebelum ini dikenali sebagai Pelan Konsep disemak setiap 10 tahun dan memandu perkembangan Singapura dalam tempoh 50 tahun selanjutnya. Kali terakhir ia disemak ialah 2011.



Menurut Encik Lee lagi, pandemik ini juga menekankan kepentingan menyesuaikan diri dalam perancangan kota dan bagi Singapura yang kekurangan sumber tanah, adalah sewajarnya tanah yang ada dapat dialihkan bagi penggunaan lain.



"Pandemik ini menunjukkan bahawa kita juga perlu menyediakan beberapa 'ruang putih' atau ruang mengemudi yang boleh segera dimanfaatkan dalam tempoh darurat," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >