Sumbang kemahiran di pusat satelit baru Mendaki di Choa Chu Kang, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:48
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:53
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Sumbang kemahiran di pusat satelit baru Mendaki di Choa Chu Kang

Sep 24, 2018 | 05:30 AM

PENDUDUK Choa Chu Kang kini berpeluang menyumbang kemahiran dan kepakaran mereka untuk sama-sama membina masyarakat di sebuah pusat satelit baru Mendaki yang dilancarkan semalam.

Ini dapat dilakukan dengan adanya pendekatan Pembangunan Masyarakat Berasaskan Aset (ABCD) yang diterapkan di pusat satelit ketujuh Mendaki itu di blok 813A Choa Chu Kang Avenue 7.

Misalnya, seorang guru tarian yang mempunyai pengalaman tarian selama 15 tahun, Cik Norkhaizadindrawati NengAyu Zulkifli, mengadakan kelas tarian zapin bagi sekumpulan kanak-kanak di pusat itu seminggu sekali.

"Saya adakan kelas tarian zapin ini kerana saya ingin melestarikan warisan tarian tradisional Melayu kita.

"Anak-anak muda sekarang, mereka lebih kepada tarian Barat, seperti hip hop. Apa yang saya lakukan di sini adalah untuk memupuk minat mereka meneruskan tarian tradisional Melayu dan memperkukuh jati diri mereka sebagai anak Melayu," kata beliau.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara), yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang, Encik Zaqy Mohamad, berkata pendekatan tersebut membolehkan pusat itu menggembleng tenaga pelbagai institusi, agensi dan juga penduduk yang mempunyai bakat untuk menolong mereka yang kurang berkebolehan dan menjalankan program untuk membantu keluarga yang memerlukan.

"Bagi saya, ini satu pendekatan yang baik di mana kita membawa program Mendaki dan juga aset Mendaki ke estet perumahan dan pada masa yang sama juga, menggunakan tenaga dan sukarelawan di estet ini untuk menjalankan program.

"Jadi, saya yakin dengan pendekatan ini, kita dapat meneguhkan lagi konsep masyarakat yang berpadu di mana kita mahu meningkatkan lagi kapasiti dan kebolehan di Choa Chu Kang ini," kata beliau.

Ditanya sama ada pendekatan ABCD itu akan turut diterapkan di pusat satelit yang lain, Encik Zaqy berkata Mendaki akan terus meneliti keberkesanan program perintis itu di pusat di Choa Chu Kang itu dahulu dan melihat bagaimana program itu dapat mencapai objektif yang diingini.

Encik Zaqy melancarkan pembukaan pusat satelit Mendaki@Choa Chu Kang itu bersama Setiausaha Parlimen Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pendidikan), Cik Low Yen Ling, yang juga mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South West; dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki, Cik Rahayu Buang, semalam.

Pusat itu mempunyai beberapa kemudahan seperti ruang membaca, ruang mencipta (makerspace) bagi kegiatan STEAM (sains, teknologi, kejuruteraan, seni dan matematik) dan bilik kegiatan yang boleh dijadikan sebagai studio tarian, ruang bercerita dan permainan, atau ruang bagi sesi perkongsian.

Antara program dan khidmat yang akan ditawarkan sebagai permulaan ialah Program Tuisyen Kolaboratif, Kafe Kerja Sekolah dan kursus peningkatan kemahiran serta penempatan pekerjaan.

Encik Zaqy berkata: "Kita lihat pusat ini sebagai tempat bagi Mendaki, di mana pada asasnya kita mahu memberi fokus kepada mereka yang memerlukan dan pada masa yang sama juga, kita mempunyai kapasiti dan permintaan, kita mahu juga melihat bagaimana kita dapat menyokong lagi program lain."

Cik Low berkata pusat baru itu akan menjadi sumber untuk mendekati penduduk dan memberi mereka akses mudah kepada bantuan, nasihat dan program, seperti peningkatan kemahiran dan tuisyen dekat dengan rumah mereka.

"Ini akan menyokong penduduk, terutamanya keluarga yang lebih memerlukan sokongan, dengan lebih baik," kata beliau.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map