Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sumbang kerja-kerja sukarela walau hidap barah

Jun 02, 2018 | 05:30 AM



PADA umur 76 tahun, Cik Amiron Jee Chew Kee kelihatan begitu tegap dan sihat.



Namun di sebalik keterampilan fizikalnya serta sikapnya yang peramah lagi riang, Cik Jee merupakan pesakit barah yang pernah melalui masa-masa sukar.



Malah, tiga jenis barah terpaksa dihadapinya - yang pertama barah buah dada pada 1998.



Beliau melakukan pembedahan lumpektomi untuk membuang ketulan pada buah dada serta menjalani kemoterapi dan rawatan radiasi.



Ibu tiga orang anak serta nenek lima cucu itu kemudian diuji dengan barah paru-paru pada 2015, dan setahun kemudian mendapati sel barah tersebut telah pun merebak ke tulang dan otaknya.



Kali pertama beliau mendapat tahu bahawa beliau menghidap barah, Cik Jee akur merasa takut dan tidak mahu percaya.



Meskipun sudah bertahun 'melawan' barahnya, jururawat pesara itu sempat menghabiskan masanya melakukan kerja-kerja sukarela, terutama yang berkaitan pesakit barah.



"Saya suka buat kerja sukarela. Kita melawat pesakit (barah) di hospital dan beri mereka nasihat tentang apa yang boleh dijangkakan ketika mereka melalui rawatan kemo dan radiasi agar mereka tak rasa begitu takut," jelas Cik Jee.



Bermula sebagai sukarelawan dengan Yayasan Barah Buah Dada, beliau kemudian memulakan kumpulan sokongan di Persatuan Ain dengan beberapa ahli lain.



Melakukan kerja sukarela memberinya peluang berinteraksi dengan orang lain, sekali gus mengurangkan kebosanannya, kata Cik Jee.



Apakan tidak, ketiga-tiga anaknya serta cucu-cucunya menetap di luar negara.



Isnin lalu, Cik Jee serta sekitar 200 penerima bantuan Persatuan Ain dan keluarga mereka, warga emas dari Senarai Bantuan Awam (PAL), sukarelawan dan penaja beriftar beramai-ramai di Wisma Geylang Serai (WGS) sempena majlis berbuka puasa bersama Persatuan Ain yang dianjurkan Kelab Masyarakat Geylang Serai.



Melahirkan rasa besar hati dijemput Geylang Serai CC, Cik Nur Rifqah Samat, penolong pekerja sosial bersama Persatuan Ain berkata:



"Sejak 2012, Persatuan Ain sudah bekerjasama dengan Geylang Serai CC. Ramai penerima bantuan kita menghargai peluang sebegini (untuk beriftar bersama).



"Mereka bukan sahaja rasa dihargai malah melihatnya sebagai wadah untuk beramah dengan orang ramai."



Turut hadir pada majlis iftar tersebut ialah Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade Profesor Madya Fatimah Lateef.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >