Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KORONAVIRUS

Sumbang pelitup muka kepada MKAC

Peniaga mahu bantu golongan memerlukan dek keadaan kesihatan global kini rumit
Feb 22, 2020 | 05:30 AM



SEBANYAK 200 pelitup muka disumbang kepada Persatuan Bertindak Ginjal Bagi Masyarakat Islam (MKAC) kelmarin, oleh pengasas bersama syarikat pembekal hadiah korporat Engifts, Encik Benjamin Wah.



Ketika dihubungi Berita Harian, presiden MKAC, Encik Ameerali Abdeali, berkata pihaknya terharu dengan pemberian itu.



"Kebelakangan ini, sangat sukar mendapatkan pelitup muka. Adalah mengharukan apabila ada orang bermurah hati dan bertimbang rasa seperti Encik Wah, yang ingin membantu golongan kurang bernasib baik dalam masyarakat kita," kata beliau.



Encik Ameerali menambah bahawa sumbangan Encik Wah memaparkan keprihatinan rakyat Singapura terhadap golongan memerlukan tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama.



"Beliau melakukannya dalam semangat Singapura sejati. Kami sangat tersentuh oleh kemurahan hatinya," ujar Encik Ameerali.



Sebanyak 2,500 pelitup muka akan diagih oleh Encik Wah sendiri kepada badan dan pertubuhan kebajikan sukarela tempatan, seperti Home Nursing Foundation.



Menurut Encik Wah, beliau mendapatkan bekalan pelitup muka itu daripada seorang rakan di Indonesia.



Mengulas mengenai usaha murninya itu, beliau berkata: "Dalam keadaan kesihatan global semakin rumit ini, saya mahu membantu mereka yang memerlukan dengan menderma pelitup muka.



"Menerusi rakan saya, Encik Farhan Firdaus, yang merupakan ahli majlis di MKAC, saya mengambil keputusan menderma pelitup muka ini kepada mereka.



"Saya diberitahu bahawa MKAC akan menganjurkan satu acara dalam masa terdekat ini dan akan menjemput penerima bantuan mereka.



"Saya harap sumbangan pelitup muka ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam memastikan kesihatan masyarakat kita terjamin."




"Adalah mengharukan apabila ada orang bermurah hati dan bertimbang rasa seperti Encik Wah, yang ingin membantu golongan kurang bernasib baik dalam masyarakat kita. Beliau melakukannya dalam semangat Singapura sejati. Kami sangat tersentuh oleh kemurahan hatinya."
- Encik Ameerali Abdeali, presiden MKAC.



"Saya diberitahu bahawa MKAC akan menganjurkan satu acara dalam masa terdekat ini dan akan menjemput penerima bantuan mereka. Saya harap sumbangan pelitup muka ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam memastikan kesihatan masyarakat kita terjamin."
- Encik Benjamin Wah, pengasas bersama syarikat pembekal hadiah korporat Engifts.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >