Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sumbang tenaga sebagai relawan masjid sejak kecil

Aug 22, 2018 | 05:30 AM



SEMUDA usia 12 tahun, Encik Muhd Azmi Bahthiar, sudah melibatkan diri dalam perlaksanaan ibadah korban.



Meskipun sudah 12 tahun masa berlalu, pengalaman pertama belia berjiwa besar ini dalam penyempurnaan ibadah korban masih segar di benak fikirannya.



Pada masa itu, peranan beliau hanya untuk membuang beg sampah mengandungi bahagian kambing yang tidak digunakan.



Dengan saiz badan yang kecil yang harus memikul beg seberat 10 kilogram, tidak dapat dibayangkan kepenatan yang beliau rasakan ketika itu.



Namun, pengalaman itulah yang menjadi pembuka langkah belia berumur 24 tahun ini untuk berkorban masa menyempurnakan ibadah korban hingga ke hari ini.



"Saya berasa puas hati dan bangga dengan diri saya kerana mampu melaksanakan ibadah korban daripada mula hingga akhir apabila majlis sudah pun selesai," ujarnya.



Meskipun penglibatannya bermula pada usia 12 tahun, keinginan untuk turut serta dalam majlis korban sudah tersemai jauh sebelum itu.



Encik Azmi, yang merupakan sukarelawan di Masjid Mukminin, mengikuti jejak langkah ayahnya yang juga sukarelawan di masjid tersebut.



Tatkala melihat ayahnya memegang kambing, beliau juga mahu melakukan yang sama.



Tetapi yang paling menyentuh hatinya adalah jerih payah bapanya.



"Bapa saya melaksanakan amanah yang diberikan kepadanya tanpa keluhan, dan beliau tidak mengadu tentang kerja-kerja yang harus dijalankan.



"Ini yang membuatkan saya amat kagum akan beliau," katanya.



Sejak penglibatannya dalam kegiatan ibadah korban, persahabatan dan silaturrahim terjalin antara beliau dan sukarelawan lain di samping usaha mereka memastikan ibadah korban berjalan dengan lancar.



Malah, beliau yang sedang menjalani perkhidmatan negara (NS), sempat meluangkan masa pada hari cuti untuk sama-sama menggembleng tenaga di masjid.



Bak kata pepatah, nak seribu daya, tak hendak seribu dalih.



Meskipun ia memenatkan, dan beliau perlu mengimbangi masa, beliau tetap turun padang untuk sama-sama berganding bahu.



Lebih-lebih lagi, kerjasama dan persahabatan yang tersemai di antara para sukarelawan memberi beliau semangat.



"Kadang kala, kami semua perlu tunggu berjam-jam untuk kambing tiba. Tetapi kami berborak dan menemani masing-masing meskipun umur berbeza-beza," katanya.



Jelas, walaupun umur beliau amat muda, pengalaman beliau dalam menjayakan ibadah korban luas.



Namun, Encik Azmi tidak terkecuali daripada menghadapi kecaman.



"Kami pernah dimarahi orang awam kerana mereka ingin mengambil daging tetapi kami terlambat," katanya.



Beliau berkata ia menyinggung perasaan beliau.



"Kadang kala kami tidak mendapat seketul daging pun walaupun kami yang menjalankannya," ujarnya.



Beliau menambah bahawa mereka cuba sedaya upaya untuk melancarkan proses dan berharap orang ramai lebih memahami keadaan mereka.



Sebagai seorang belia, Encik Azmi berkata beliau bangga lebih ramai belia kini tampil ke hadapan untuk bergabung tenaga menjayakan ibadah korban.



"Saya berharap lebih ramai lagi belia yang akan turut serta kerana belia merupakan pelapis bagi masyarakat akan datang," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >