Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sumbangan enam pemimpin madrasah mapan diiktiraf Muis

Jan 31, 2019 | 02:58 PM



ENAM pemimpin madrasah mapan, pada Khamis (31 Jan) menerima anugerah khas dari Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) yang mengiktiraf sumbangan mereka dalam pengajian madrasah di Singapura.



Ini termasuk satu anugerah anumerta bagi Allahyarham Ustaz Mohd Abdul Halim, bekas mudir Madrasah Wak Tanjong.



Pemenang lain Anugerah Ketua Madrasah Kontemporari Muis50  itu ialah guru pesara Encik Abdullah Mohd Hussain, yang berkhidmat sebagai setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Madrasah Aljunied Al-Islamiah; pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Madrasah Al Ma’arif Encik Mohd Ma’mun H M Fadhlullah Suheimi, yang mengganggotai jawatankuasa Pendidikan Madrasah pada 2000; guru pesara Encik Mohd Yusuf Zuhri, bekas pengarah pendidikan agama di Muis; pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Madrasah Al-Arabiah Al Islamiah Ustaz Shaik Hussain Shaik Yacob; dan pengerusi Madrasah ALsagoff Syed Abbas Mohamad Alsagoff.



Dalam ucapannya di majlis penyampaian anugerah di Pusat Konvensyen Suntec, Ketua Eksekutif Muis Encik Esa Masood berkata anugerah itu mengiktiraf sumbangan anggota jawatankuasa, pengerusi dan mudir yang telah berkhidmat secara berterusan selama sekurang-kurangnya 15 tahun.



“Sumbangan mereka mempunyai kesan yang mendalam,” kata Encik Esa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >