Sumbangan Kontinjen Kenderaan NDP dihargai
Presiden Halimah turut sanjung 30 peserta dari kalangan Generasi Merdeka
Jul 14, 2019 | 05:30 AM
JASA dan kerja keras peserta Kontinjen Kenderaan (Mobile Column) Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2019 termasuk lebih 30 individu dalam kalangan Generasi Merdeka disanjung Presiden Halimah Yacob, semalam.
Sambil meninjau keseluruhan kontinjen tersebut dan berinteraksi dengan mereka di Perkampungan Kontinjen Kenderaan sekitar Republic Avenue, beliau merakam tanda penghargaan dan terima kasih di atas dedikasi yang diberi dalam mempertahankan Singapura.