Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sumbangan lebih 500 kakitangan, relawan Piala Suzuki AFF 2020 dirai

Feb 21, 2022 | 05:30 AM



SUMBANGAN lebih 500 kakitangan kerja dan relawan, yang terlibat dalam menjayakan Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2020 di sini pada Disember tahun lalu, diraikan dalam satu majlis penghargaan semalam.



Singapura dipilih sebagai tuan rumah Piala Suzuki AFF 2020 pada September tahun lalu dan hanya mempunyai persiapan sekitar dua bulan bagi kejohanan bola sepak Asia Tenggara berprestij itu, yang bermula pada 5 Disember 2021.



Kejohanan selama sebulan itu dianjurkan oleh jawantankuasa penganjur tempatan Piala Suzuki AFF 2020, yang dipimpin Presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) Encik Lim Kia Tong, dengan naib pengerusinya, Setiausaha Agung FAS Encik Yazeen Buhari.



Jawatankuasa itu juga merangkumi pegawai penting dari Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, agensi sukan negara SportSG, Sports Hub, dan pemegang hak Piala Suzuki, Sportfive.



Edisi ke-13 kejohanan dwitahunan itu, yang ditangguh selama setahun akibat pandemik, bernilai lebih $5 juta untuk dianjurkan.



Hari Penghargaan Kakitangan Piala Suzuki AFF 2020 semalam bertujuan mengenang usaha dan pengorbanan para kakitangan dan relawan yang bertungkus-lumus memastikan kejohanan itu berjalan lancar.



Turut menghadiri acara itu petang semalam ialah Setiausaha Parlimen (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Eric Chua.



Dalam ucapannya di OCBC Lounge di Stadium Negara, Encik Chua menyifatkan penganjuran Piala Suzuki AFF sebagai satu kejayaan, lebih-lebih lagi dengan cabaran yang dibawa oleh pandemik Covid-19.



"Dalam waktu masa kini di mana menghimpunkan orang ramai adalah mencabar, Piala Suzuki AFF memainkan peranan penting bukan sahaja dalam menyatukan negara malah juga orang ramai di rantau ini... Untuk mencapai (matlamat) ini secara selamat, ia adalah satu usaha yang besar."



Singapura menjadi tuan rumah kepada sembilan pasukan negara lain selama lebih sebulan.



Ia menyambut ketibaan lebih 500 pelawat asing - pemain, jurulatih, pegawai, penaja dan delegasi dari AFF dan Gabungan Bola Sepak Asia (AFC).



Lebih 100,000 penonton turut hadir menyaksikan perlawanan di stadium sepanjang sebulan itu.



Piala Suzuki AFF merupakan acara sukan besar-besaran secara fizikal yang pertama diadakan di sini sejak pandemik pada 2020.



Encik Chua menambah bahawa usaha gigih FAS dan kakitangan kerja serta relawannya berperanan penting dalam mengembalikan kerancakan ekosistem sukan di Singapura.



"Kejayaan dalam penganjuran Piala Suzuki AFF telah memberi kita pengajaran dan pengalaman yang berharga untuk menganjurkan acara sukan berskala besar semasa pandemik.



"Ini juga meningkatkan taraf dan reputasi Singapura di dunia dan menunjukkan bahawa kami sudah bersedia dan kami mempunyai kemampuan dan kapasiti untuk menganjurkan acara sukan berskala besar secara selamat dan berjaya," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >