Sumbangan masyarakat Arab di S'pura dikongsi dalam pameran
Apr 17, 2019 | 05:30 AM
MASYARAKAT Arab di Singapura memang terkenal dengan sumbangan dalam dunia perdagangan dan keagamaan.
Namun lebih daripada itu, golongan itu - yang ramai berasal dari Hadramaut, Yaman - juga memainkan peranan dalam industri lain seperti pendidikan dan lebih penting lagi, kepada masyarakat Singapura lebih luas.