Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sumbangan orang ramai penuhi impian 10 warga kurang upaya ke Tanah Suci

Jan 18, 2019 | 05:05 PM



DOA dan impian sekumpulan individu kurang upaya menjejakkan kaki ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah akhirnya menjadi kenyataan berkat sumbangan orang ramai kepada Persatuan Belia Bedok untuk Insan Kurang Upaya (BYSD).



Badan tidak meraih keuntungan itu berjaya mengumpul hampir $70,000 dalam tempoh dua tahun  bagi projek mereka itu menerusi usaha pengumpulan dana, kata Naib Presiden (II) BYSD, Encik Hazizi Abu Bakar.



Seramai 10 individu kurang upaya berlepas ke Arab Saudi pada 7 Januari lalu untuk menunaikan umrah. Ini merupakan umrah yang pertama bagi lapan daripada mereka.



Sejak lewat 2017, BYSD telah mengumpulkan dana bagi projek umrah itu menerusi derma kupon amal briyani daripada restoran Victory dan Tabung Umrah di mana orang ramai boleh menderma dari rumah.



Terdapat juga individu yang datang mengunjungi pejabat mereka di Chai Chee Road untuk memberi sumbangan.



“Kami mengucapkan terima kasih dan menghargai sumbangan anda! Kami akan sentiasa mengingati amalan dan kemurahan hati mereka.



“Demi menunjukkan penghargaan kami, kami (mutawif dan jemaah kurang upaya) akan sentiasa membaca doa bagi kesihatan, kemewahan dan kesejahteraan mereka semasa kami di Madinah dan Makkah.



“Hanya Allah yang boleh membalas kebaikan mereka, Insya Allah, Amin,” kata Encik Hazizi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >