Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sumbangan pakar mata S’pura didik bedah katarak, refraktif diiktiraf rantau Asia

Jul 03, 2023 | 05:30 AM



Sumbangan seorang pakar mata setempat, Dr Mohamad Rosman Othman, telah mendapat pengiktirafan daripada Persatuan Pakar Bedah Katarak dan Refraktif (APACRS) atas dedikasinya menyumbang kepada pengajaran serta pendidikan pembedahan katarak dan refraktif di rantau Asia Pasifik.

Diberi nama Anugerah Pendidik Bertauliah APACRS (ACE), ia diberi setahun sekali di mesyuarat serta persidangan tahunan APACRS.

Pakar-pakar tersebut merupakan pendahulu dalam kemajuan teknologi bagi pembedahan katarak dan refraktif serta aktif dalam menyampaikan pengetahuan serta kemahiraan mereka kepada pakar oftalmologi lain.

Dr Mohamad Rosman yang kini Konsultan Kanan Pakar Oftalmologi di Klinik Advanced Eye and Surgery di Pusat Perubatan Mount Elizabeth, menerima anugerah tersebut pada 9 Jun lalu semasa berlangsungnya persidangan APACRS itu di sini.

Menurut Dr Mohamad Rosman, anugerah tersebut merupakan satu kejutan dan penghargaan besar kepadanya memandangkan terdapat ramai pakar oftalmologi di rantau Asia Pasifik.

“Namun saya berasa amat rendah hati dan bersyukur kepada Tuhan di atas anugerah ini.

“Apa yang saya lakukan hanyalah mengajar dan menyampaikan pengetahuan serta kemahiran saya kepada yang lain, agar mereka dapat mengasah kemahiran pembedahan serta membantu pesakit.

“Dalam bidang perubatan, jika saya lakukannya sendiri, saya hanya membantu pesakit saya.

“Tapi jika saya dapat mengajar pakar oftalmologi lain tentang cara lakukan pembedahan katarak serta refraktif dengan baik, saya boleh bantu lebih ramai pesakit dan memperbaiki kehidupan mereka,” jelasnya.







Dr Mohamad Rosman telah menjadi doktor sejak 1997 dan mula menjalani latihan oftalmologi pada 1999.

Oftalmologi merupakan satu bidang perubatan berkaitan dengan kajian tentang mata dan penyakitnya.

Antara lain, pakar oftalmologi akan mendiagnosis, merawat dan mencegah masalah mata serta sistem visual, menggunakan kemahiran perubatan dan pembedahan.







Menurut Dr Mohamad Rosman, beliau mengajar dan memberi ceramah kepada pakar oftalmologi yang jauh lebih muda, penuntut perubatan, pekerja penjagaan kesihatan bersekutu dan doktor lain – dalam rantau ini dan di peringkat antarabangsa.

Ini dilakukannya di samping kerja hariannya serta menjalankan tutorial dan ceramah untuk mereka.

Beliau turut bertanggungjawab ke atas latihan pembedahan katarak dan merupakan salah seorang pembimbing bagi pembedahan katarak di Pusat Mata Kebangsaan Singapura (SNEC) selama bertahun-tahun lamanya.

“Antara lain, saya mengajar pakar oftalmologi muda tentang cara melakukan pembedahan katarak dan bagaimana menguruskan pembedahan katarak yang sukar selain cara menggunakan teknologi baru dalam pembedahan mereka.

“Kini, meskipun selepas saya beralih ke sektor privet, saya masih kembali ke SNEC untuk mengajar pelatih pembedahan katarak seminggu sekali,” tambahnya.

Selain itu Dr Mohamad Rosman juga bertanggungjawab menggunakan dan mencuba peralatan pembedahan katarak serta lensa dan alat pembedahan refraktif.

Sebelum ini beliau merupakan ketua di jabatan pembedahan refraktif di SNEC selama sembilan tahun.

Tahun ini APACRS telah berlangsung pada 8 hingga 10 Jun lalu di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapore.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >