Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sumbangan Pasukan Polis SG ke atas pembangunan negara diiktiraf: Shanmugam

Aug 04, 2021 | 05:30 AM



ANGGOTA Parlimen menyokong usulan memperingati dan meraikan sumbangan Pasukan Polis Singapura (SPF) dan pegawainya terhadap pembangunan negara sempena ulang tahun perkhidmatan polis ke-200.



Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, juga telah mengumumkan bahawa semua pegawai SPF yang berkhidmat antara 1 Januari hingga 31 Disember 2020, termasuk anggota kerahan Perkhidmatan Awam akan menerima Pingat Dwiabad Pasukan Polis Singapura 2020.



Bekas anggota dan keluarga pegawai polis yang terkorban ketika sedang menjalankan tugas akan menerima pingat berbeza bagi mengiktiraf sumbangan mereka.



Dalam ucapannya, Encik Shanmugam turut memperingati pegawai yang gugur semasa berkhidmat dan menyebut nama enam pegawai polis.



Ini termasuk Sarjan Mohd Saad Omar, yang meninggal dunia selepas ditembak oleh suspek yang terlibat dalam jenayah dadah pada 1979.



Sarjan Mohd Saad, yang bakal bersara dua tahun sebelum kejadian itu, dikejarkan ke hospital selepas ditembak di bahagian dada oleh suspek, namun meninggal dunia dalam perjalanan.



Seorang lagi pegawai polis yang disebut adalah Staf Sarjan Nadzrie Matin yang meninggal dunia semasa bertugas pada 2017. Beliau yang meronda menggunakan motosikal di Serangoon Road dilanggar oleh van dan tercampak dari motosikalnya. Staf Sarjan Nadzrie mengalami kecederaan di kepala dan meninggal di hospital pada hari kejadian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >