Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Sumbangan pekerja bertugas malam dihargai

Apr 18, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Pengangkutan, Encik Ong Ye Kung, menyertai beberapa kakitangan Islam di SBS Transit Ltd yang bertugas di Depoh Sengkang awal pagi semalam bagi bersembang dan sertai majlis sahur dengan mereka.



Beliau merakamkan terima kasihnya dalam catatan Facebook buat mereka yang bertugas malam, menyenggara kereta api MRT.



"Kakitangan ini baru sahaja tamat bertugas di terowong NEL. Setiap malam, mereka memulakan tugas genting menyenggara kereta api setelah khidmat MRT tamat pada dinihari. Bagi beberapa minggu sebelum ini, mereka menambah kerja keras bagi melancarkan tugas menggantikan penebat atau insulator pada sistem rangkaian wayar overhed.



"Saya bertemu beberapa peminat pasukan bola sepak Liverpool dan Manchester United - tetapi saya tidak fikir mereka dapat menonton banyak perlawanan di kaca televisyen melihat pada waktu bertugas mereka.



"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana bertugas malam menyenggara kereta api kita. Saya juga mengucapkan rakan-rakan beragama Islam, "Selamat menyambut Ramadan yang dirahmati," tulis Encik Ong lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >