Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sumbangan sebagai guru tuisyen selama 10 tahun diiktiraf

Nov 23, 2020 | 05:30 AM



MESKIPUN tiada pengalaman sebagai guru, beliau memutuskan untuk berkhidmat sebagai guru tuisyen di bawah Skim Tuisyen Mendaki (MTS) hampir 10 tahun lalu.



Encik Sharulnizam Zabor yang sedang mengikuti program sarjana muda dalam jurusan ekonomi di SIM-Universiti London (UOL) ketika itu bertekad menyumbang sebagai guru tuisyen dek terdorong keinginannya membantu masyarakat.



Minatnya menyumbang sebagai guru tuisyen berterusan selepas beliau mula bekerja hingga kini.



Semalam, sumbangannya diiktiraf apabila pengurus pembangunan perniagaan serantau di sebuah firma logistik berusia 31 tahun itu disampaikan Anugerah Tutor Cemerlang di majlis penyampaian Anugerah Penghargaan Tutor Mendaki 2020 anjuran Yayasan Mendaki dan Mendaki Sense.



Tahun ini, seramai 31 individu diiktiraf dengan anugerah itu di majlis Anugerah Penghargaan Tutor Mendaki yang diadakan setiap tahun.



Majlis penyampaian itu diadakan di dalam talian menerusi wadah Zoom dengan dihadiri Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia) Zaqy Mohamad selaku tetamu terhormat.



Seramai enam ketua guru tuisyen turut diiktiraf semalam dengan Anugerah Ketua Tutor Cemerlang.



Bagi Encik Sharulnizam yang mengajar bahasa Inggeris dan matematik kepada pelajar menengah satu dan dua, anugerah yang diterimanya semalam bukan sahaja satu penghargaan bagi khidmatnya sebagai guru tuisyen MTS selama ini tetapi juga pengiktirafan bahawa pelajarnya telah meraih manfaat daripada kelas kendaliannya.



Ini termasuk apabila kelas tuisyen MTS terpaksa diadakan menerusi dalam talian akibat pandemik Covid-19 tahun ini, dengan kedua-dua pelajar dan guru tuisyen harus membuat pelbagai penyesuaian.



Namun, bukan pelajarnya sahaja yang meraih manfaat daripadanya kerana menurut Encik Sharulnizam, beliau juga meraih pelbagai kemahiran dan pengalaman berharga hasil berkhidmat sebagai guru tuisyen di bawah MTS.



Beliau telah mengikuti pelbagai kursus sejak berkhidmat di bawah MTS dan meraih kemahiran yang dapat dimanfaatkannya di tempat kerja.



"Misalnya baru-baru ini saya mengikuti satu kursus kendalian Institut Pendidikan Nasional (NIE) yang mengajar tentang pengurusan bilik darjah, merancang bagi kelas dan pedagogi pengajaran.



"Kemahiran yang saya raih bukan sahaja dapat meningkatkan diri saya sebagai guru tuisyen tetapi juga membuat saya lebih yakin bercakap di hadapan khalayak ramai di tempat kerja," katanya.



Encik Zaqy yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Mendaki berkata guru tuisyen Mendaki memainkan peranan penting mendampingi dan membangunkan pelajar.



Tahun depan, pelajar menengah tiga dan empat MTS juga akan mendapat sokongan dari segi mentoring untuk memastikan mereka lebih bersedia untuk ke institusi pos menengah.



Encik Zaqy turut mengalu-alukan saranan Presiden Halimah Yacob semasa kunjungan beliau ke pusat satelit Mendaki@Choa Chu Kang kelmarin agar anak-anak menghabiskan masa sekurang-kurangnya tiga tahun di prasekolah.



"Ini kerana pendedahan awal sangat penting untuk mempersiap anak-anak agar lebih bersedia ke sekolah. Mendaki akan terus berganding bahu dengan ibu bapa untuk memberi sokongan ini," katanya.



Ibu bapa boleh mendaftar anak-anak mereka bagi MTS di laman web mts.mendaki.org.sg hingga 13 Disember. Mereka juga boleh menghubungi talian hotline MTS di 6551-2830 atau e-mel kepada mts@mendaki.org.sg jika memerlukan bantuan.




“Saya sangat gembira dapat mengiktiraf sumbangan para tutor Mendaki atas peranan penting mereka dalam mendampingi dan membangunkan para pelajar kita. Tahun ini, meskipun mendepani cabaran Covid-19, mereka tetap setia menjalankan tugas mereka dengan gigih.”
– Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia) Zaqy Mohamad. Beliau juga Timbalan Pengerusi Yayasan Mendaki.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >