Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sumbangan Ustaz Syed Ahmad sebagai Pendaftar ROMM dihargai

Bakal letak jawatan mulai 22 Oktober; bilangan Naib Kadi pula ditambah
Oct 15, 2019 | 05:30 AM



SETELAH 14 tahun berkhidmat, Pendaftar Pernikahan Orang Islam, Ustaz Syed Ahmad Syed Mohamed, bakal meletakkan jawatan, sekali gus memberi laluan kepada pemimpin baru di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan Muslim (ROMM).



Ustaz Nor Razak Bakar, 53 tahun, akan menggantikan tempat Ustaz Syed Ahmad, 65 tahun.



Ini diumumkan oleh Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim dalam satu majlis penghargaan untuk Ustaz Syed Ahmad semalam, yang dianjurkan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY).



Berkhidmat sebagai Pendaftar dan Kadi di ROMM sejak 2005, Ustaz Syed Ahmad merupakan Pendaftar Pernikahan Orang Islam ketiga, sejak Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla) ditubuhkan pada 1966.



Dua pendaftar sebelum beliau ialah Ustaz Pasuni Maulan dan Allahyarham Ustaz Haji Abu Bakar Hashim.



Di bawah kepimpinan Ustaz Syed Ahmad, ROMM mengukuhkan sokongan bagi perkahwinan risiko-awal dengan mewajibkan pasangan, yang salah seorang daripada mereka berusia bawah 21 tahun, agar menghadiri program persediaan rumahtangga.



Beliau juga memainkan peranan penting dalam inisiatif 'Bersamamu', yang dilancarkan awal tahun ini hasil kerjasama dengan Naib Kadi untuk menyokong pasangan yang hendak dan baru berumahtangga.



Program 'Bersamamu' merupakan inisiatif oleh naib kadi di Singapur, yang memerlukan semua pasangan Muslim bertemu naib kadi sebelum majlis perkahwinan.



Ia sebahagian daripada inisiatif lebih besar, M Kuasa Tiga (M³) - kerjasama antara Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) - untuk mengukuhkan sokongan bagi perkahwinan, keibubapaan dan pendidikan awal kanak-kanak.



Semasa berucap di majlis penghargaan itu, Dr Faishal telah melahirkan penghargaan terhadap segala sumbangan oleh Ustaz Syed Ahmad.



"Ustaz Syed Ahmad telah memberi sumbangan berharga dalam membina perkahwinan Muslim yang kukuh dan merupakan salah seorang pakar undang-undang keluarga Islam di Singapura.



"Alhamdulillah, beliau akan meneruskan jawatannya sebagai seorang Kadi dan pada masa yang sama, dilantik sebagai seorang Presiden Sambilan di Mahkamah Syariah," ujar Dr Faishal.



Atas sumbangan dan dedikasi beliau selama ini, Ustaz Syed Ahmad pernah diberikan Pingat Pentadbiran Awam (Gangsa) pada 2015.



Mufti Singapura, Dr Mohamed Fatris Bakaram, turut merakamkan penghargaan Muis di atas sumbangan Ustaz Syed Ahmad.



"Beliau telah memimpin ROMM dengan penuh dedikasi. Saya berterima kasih atas peluang bekerja dengannya dalam perkara berkaitan pentadbiran perkahwinan Muslim dan menghargai sumbangannya kepada masyarakat.



"Beliau amat teliti dalam menjalankan tugasnya sebagai Setiausaha Jawatankuasa Fatwa... dan sangat berpengetahuan dalam AMLA," puji Dr Fatris.



Dalam pada itu, dalam usaha memperkukuhkan program 'Bersamamu', Dr Faishal telah mengumumkan bahawa lebih ramai Naib Kadi akan menyertai pejabat pendaftaran.



Mulai hari ini, jumlah Naib Kadi akan meningkat kepada seramai 39 orang, berbanding 27 orang sekarang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >