Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sumber baru beri sokongan lebih baik bagi kesihatan mental belia

Jul 01, 2022 | 08:24 PM



SUMBER nasional baru yang dibangunkan Pusat Sains Minda (MSC) Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) yang boleh memberi sokongan lebih baik terhadap keperluan kesihatan mental anak muda telah diperkenalkan pada Jumaat (1 Julai).



Skala Ketahanan Belia Singapura (SYRESS), alat penilaian yang mengandungi 50 soalan dan boleh diselesaikan dalam masa 20 minit, menggabungkan aspek kontekstual yang unik kepada belia Singapura dan mencerminkan budaya setempat.



SYRESS telah diterbitkan dalam buku bantu diri, ‘The Mind + Parent’, yang ditulis oleh ahli psikologi klinikal.



Ia meringkaskan senario dan strategi utama yang boleh digunakan oleh ibu bapa atau penjaga dalam interaksi harian dengan anak-anak mereka, untuk menyemai kaedah daya tindak positif. 



Panduan itu juga mengetengahkan soalan lazim yang ditanyakan ibu bapa dan menyediakan strategi bagi ibu bapa menggalak dan membina daya tahan dalam diri anak-anak mereka.



Orang ramai boleh mendapatkan buku tersebut melalui laman web MSC di https://medicine.nus.edu.sg/nmsc/syress/.



Mengulas tentang sumber baru itu, Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, berkata ia akan dapat membantu ibu bapa menyokong keperluan kesihatan mental anak-anak mereka.



Ini lebih-lebih lagi sedang belia Singapura menghadapi pelbagai cabaran membesar dalam persekitaran bandar yang pesat berubah.



“Membesar dalam masyarakat bandar yang pantas, belia Singapura berdepan dengan pelbagai permintaan dan cabaran yang boleh menjejas kesejahteraan mental mereka, terutama ketika melalui peralihan kehidupan kritikal.



“Tempoh peralihan seperti mendaftar bagi Perkhidmatan Negara atau mendapat pekerjaan sepenuh masa yang pertama boleh dirasa amat luar biasa bagi seseorang,” kata Dr Janil.



Beliau, yang juga Pengerusi Pasukan Bertindak antara Agensi bagi Kesihatan dan Kesejahteraan Mental, telah mengumumkan buku itu semasa pelancaran pameran ‘Teens & Kin’ di NUHS MSC Mind Art Experiential Lab (MAELab) di Hospital Alexandra pada Jumaat.



Pameran itu menonjolkan daya tahan mental belia dan mekanisme daya tindak mereka dengan karya seni yang dihasilkan anak muda berusia 10 hingga 18 tahun.



Berlangsung sekitar empat bulan bermula pada Jumaat, pameran itu menawarkan pandangan tentang cabaran kesihatan mental yang mempengaruhi belia dan potensi mereka untuk mencari daya tahan apabila mereka membesar menjadi dewasa.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >