Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sumber panduan kesihatan mental pelajar dilancar, bantu ibu bapa

Ia diterbitkan bagi bantu ibu bapa kenal pasti tanda tekanan dialami anak
Jan 08, 2022 | 05:30 AM



PANDUAN kesihatan mental dan laman yang berserta pautan bagi bengkel dan talian-talian bantuan, adalah antara sumber baru yang dilancarkan bagi membantu kumpulan sokongan ibu bapa (PSG) memantau kesejahteraan mental pelajar.



Diterbitkan pada bulan lalu, panduan sumber yang disiapkan Kementerian Pendidikan (MOE) itu berkongsi tips keibubapaan dan bertujuan membantu untuk mengenal pasti tanda-tanda tekanan yang mungkin ada dalam diri anak-anak mereka.



Menekankan kepentingan sumber-sumber ini, Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, berkata ia dapat membantu kumpulan sokongan ibu bapa untuk mengongsi tips-tips bersama ibu bapa lain dalam rangkaian mereka.



"Dalam perbincangan yang berlainan dengan PSG, satu keperluan utama yang timbul adalah bagaimana PSG boleh disokong untuk memainkan peranan mereka dengan lebih baik, dan siapa antara rakan kongsi berpotensi lain yang boleh bekerjasama dengan mereka dengan lebih baik bagi menyokong kesejahteraan mental untuk keluarga dan untuk anak-anak mereka," kata Cik Sun.



Mengulas mengenai panduan sumber tersebut, Cik Sun berkata ia disusunkan berdasarkan maklum balas dan cadangan daripada PSG dan ibu bapa serta sumber lain yang dikenal pasti oleh MOE yang sedia ada tentang kesejahteraan mental.



"Panduan sumber kesejahteraan mental juga dilengkapi dengan repositori kumpulan sokongan ibu bapa dalam talian yang akan menyediakan sumber terkini, yang boleh dirujuk oleh kumpulan itu dalam usaha berterusan mereka terhadap kesejahteraan mental," jelasnya.



Tambah Cik Sun, beliau berharap usaha ini dapat diperkuatkan ibu bapa dalam kumpulan sokongan itu pada masa depan, dengan adanya maklumat lanjut daripada ibu bapa mengenai inisiaitif, pengalaman dan produk yang dicuba.



Cik Sun berkata demikian semasa satu perjumpaan dalam talian berlangsung kelmarin bersama wakil dari 25 PSG serta guru-guru daripada sekolah berlainan.



Ini termasuk Sekolah Rendah CHIJ Katong, Sekolah Menengah Yuan Ching, Sekolah Rendah Jing Shan dan Sekolah Perempuan CHIJ St. Nicholas.



Semasa sesi tersebut, sekolah-sekolah itu turut mengongsi rancangan dan insiatif berlainan untuk mempromosikan kesejahteraan mental pelajar mereka dengan lebih baik tahun ini.



Dihubungi Berita Harian untuk penjelasan lanjut, Pengerusi PSG di Sekolah Rendah CHIJ Katong, Cik Alaine Poon berkata mereka akan memberi tumpuan kepada tiga inisiatif yang berlainan.



Antaranya adalah untuk bekerjasama rapat dengan pihak sekolah untuk mereka bentuk dan mengedarkan barangan seperti magnet peti ais, mengadalan roadshow Kesejahteraan dan mengadakan siri perbualan bagi ibu bapa, "Let Us Chat!".



"Di Sekolah Rendah CHIJ Katong, kami percaya bahawa perubahan harus bermula dengan ibu bapa.



"Ini termasuk mengubah cara berfikir, tumpuan seperti hanya memberatkan keputusan akademik.



"Jika ibu bapa dapat mengubah pemikiran ini, ia akan mengurangkan tekanan kepada anak-anak mereka," katanya sambil menambah bahawa antara keprihatinan pelajar termasuk bimbang jika mereka mengecewakan ibu bapa seandainya mereka gagal memenuhi jangkaan.



Wakil dari Sekolah Menengah Yuan Ching pula berkongsi bahawa mereka merancang untuk melancarkan inisiatif untuk mewujudkan komuniti ibu bapa yang lebih teguh.



Ini akan dibuat melalui sesi santai sambil berbincang dengan ibu bapa agar mereka boleh membina hubungan dengan rakan sebaya dan bertukar idea.



Mengulas mengenai kepentingan peranan PSG, Encik Raymond Yeo, Ketua Jabatan Bahasa Ibunda berkata:



"Ahli kumpulan banyak memberi maklum balas serta saranan daripada ibu bapa lain.



"Semasa sesi perjumpaan, mereka juga akan berkongsi pengalaman dengan ibu bapa yang lain.



"Perkongsian pengalaman ini sangat berguna kerana sesetengah ibu bapa mungkin hanya mempunyai seorang anak atau kurang berpengalaman sebagai ibu bapa," ujar Encik Yeo.




"Dalam perbincangan yang berlainan kami dengan PSG, satu keperluan utama yang timbul adalah bagaimana PSG boleh disokong untuk memainkan peranan mereka dengan lebih baik, dan siapa antara rakan kongsi berpotensi lain yang boleh bekerjasama dengan mereka dengan lebih baik bagi menyokong kesejahteraan mental untuk keluarga mereka dan untuk anak-anak mereka.

Panduan sumber kesejahteraan mental juga dilengkapi dengan repositori kumpulan sokongan ibu bapa dalam talian yang akan menyediakan sumber terkini, yang boleh dirujuk oleh kumpulan itu dalam usaha berterusan mereka terhadap kesejahteraan mental."

- Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >