APABILA Cik Juliana Abdullah mendaftar menjadi penderma sumsum tulang dua tahun lalu, beliau tidak sangka dapat menyelamatkan nyawa seseorang dalam tempoh yang singkat.
Ini kerana beliau diberitahu bahawa peluang mencari sumsum tulang sepadan adalah satu dalam 20,000 bagi orang tanpa talian darah.