Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sungai Kallang, sungai terpanjang Singapura, kini lebih berdaya tahan

Sep 07, 2019 | 07:40 PM



KERJA-KERJA pembaikan pada terusan sepanjang Sungai Kallang antara Bishan Road dan Braddel Road yang menelan belanja $86 juta akan mengukuhkan lagi struktur dan meningkatkan keupayaannya untuk melindungi penduduk kawasan tersebut dari banjir. 



Terusan tersebut telah diluaskan dari dari 24-27 meter hingga 24-40 meter dan didalamkan lagi sebanyak 1 meter bagi setiap seksyen yang berukuran 800 meter. 



Keupayaan saliran atau ‘drainage’ juga meningkat sebanyak 80 peratus. 



Projek pembaikan dari Bishan Road dan Braddell Road yang diusahakan agensi air PUB itu bermula pada 2015 dan mengambil masa sekitar empat tahun untuk selesai.  



Sungai Kallang adalah sungai terpanjang Singapura yang berukuran 10 kilometer dari Takungan Air Lower Pierce ke Takungan Air Marina.



Sejak tahun 90-an, PUB telah menjalankan usaha untuk memperbaiki infrastruktur saliran di Sungai Kallang untuk mempertingkat daya tahannya terhadap banjir dan untuk memberikan perlindungan yang lebih kukuh dari banjir. 



Sebagai sebahagian dari kerja-kerja pembaikan itu, PUB juga telah memasang ciri-ciri ABC Waters sepanjang kawasan Sungai Kallang itu, termasuk arus air, tepi sungai buatan manusia dan taman hujan atau ‘rain garden’. 



Sebuah platform di atas sungai tersebut juga memberi peluang kepada penduduk dan pengguna taman untuk berada dekat dengan air. 



Pengarah tadahan dan saluran air PUB, Encik Yeo Keng Soon berkata: “Kawasan Sungai Kallang ini dibina pada tahun 1970-an dan telah mencapai jangka hayat strukturalnya. Dengan kerja-kerja pembaikan ini, ia kini boleh menyalurkan 80 peratus lebih banyak air hujan berbanding sebelum ini, dan memberikan perlindungan dari banjir yang lebih baik kepada penduduk kawasan ini dan memenuhi keperluan apabila tiba musim hujan yang lebih kerap akibat perubahan iklim. 



“Pada masa yang sama, kami berharap penduduk akan membantu menjaga saluran air kita supaya ia bersih dan bebas sampah apabila mereka menikmati ciri air baru di sini.” 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >