Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suntikan $2 juta bagi naik taraf pusat NKF tertua di barat SG

Mar 08, 2021 | 05:30 AM



PUSAT dialisis tertua Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) di barat Singapura kini berwajah baru, hasil sumbangan $2 juta daripada badan amal tempatan, Yayasan Lew.



Terletak di blok 326 Clementi Avenue 5, pusat yang telah diperbaharui itu kini mempunyai 30 stesen dialisis berbanding 20 sebelumnya, yang membolehkannya menerima hingga 180 pesakit seminggu.



Pusat yang ditubuhkan pada 1990 itu juga kini tidak lagi mempunyai ruang pesakit dengan sekatan, lapor The Straits Times.



Sebaliknya, ia kini mempunyai ruang yang lebih terbuka dan luas tanpa sekatan antara stesen dialisis bagi membolehkan pesakit berinteraksi antara satu sama lain semasa menjalani rawatan, dan membolehkan kakitangan memantau semua pesakit dengan lebih baik.



Semua peralatan di pusat itu juga telah diganti dengan yang baru dengan ciri digital.



Kemudahan penyimpanan pusat itu juga telah diperluas.



Mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Lew di atas sumbangannya semasa majlis pembukaan pusat itu semalam, pengerusi NKF, Encik Arthur Lang, berkata: "Kerja peningkatan itu membolehkan penggunaan ruang yang berkesan dan aliran pesakit yang dipertingkat. Ini membolehkan penyelarasan penjagaan, keselamatan pesakit dan kepuasan pesakit yang lebih baik."



Pengarah eksekutif Yayasan Lew, Encik Yeo Puay Hin, berkata: "Melalui kerjasama kami dengan NKF, yang telah menyediakan penjagaan ginjal yang bermutu dan berharga berpatutan selama lebih 50 tahun, kami berharap dapat menyokong pesakit buah pinggang dalam rawatan mereka dan seterusnya meningkatkan mutu kehidupan mereka."



Encik Lang menekankan perlunya NKF mengukuhkan langkah-langkah awal termasuk pencegahan penyakit buah pinggang dan campur tangan awal.



Sekadar membina pusat dialisis tidak akan mencukupi untuk menangani peningkatan dalam bilangan pesakit buah pinggang dan penduduk Singapura yang semakin tua, katanya.



Singapura kini mempunyai sekitar 8,000 pesakit yang menjalani dialisis dengan sekitar dua pertiga daripada mereka berada di bawah jagaan NKF.



Purata 855 pesakit dialisis baru dimasukkan ke NKF setiap tahun dalam tempoh lima tahun lalu.



NKF membelanjakan kira-kira $116 juta untuk merawat kegagalan ginjal dalam tahun kewangan 2019/2020.



NKF berkata rawatan dialisis berharga sekitar $25,000 setahun bagi setiap pesakit sebelum subsidi, dan penyakit ginjal biasanya datang dengan kos perubatan dan kos peluang lain, seperti apabila pesakit tidak dapat bekerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >