Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suntikan $2j bantu keluarga memerlukan di PCF Sparkletots

Sekitar 10,000 keluarga bakal meraih manfaat sepanjang tiga tahun akan datang
Oct 31, 2019 | 05:30 AM



SEKITAR 10,000 keluarga bakal meraih manfaat menerusi sokongan tambahan prasekolah bagi anak mereka di Yayasan Masyarakat PAP (PCF) Sparkletots, menyusuli komitmen PCF memperuntuk $2 juta setiap tahun bagi menambah Dana Headstart (HSF) sepanjang tiga tahun akan datang.



Dana itu memberi sokongan tambahan kepada ibu bapa yang mempunyai anak warga Singapura di PCF Sparkletots, di samping subsidi prasekolah pemerintah.



Ini diumumkan PCF Sparkletots dalam satu kenyataan media semalam.



PCF Sparkletots berkata kriteria kelayakan HSF akan diperluaskan mulai Januari tahun depan, dengan had pendapatan rumah bulanan dinaikkan dari $2,500 ke $4,500.



HSF juga akan diperluaskan kepada kanak-kanak lebih kecil di peringkat Jagaan Bayi hingga Nurseri 1.



Ia kini hanya diperuntukkan bagi kanak-kanak dari Nurseri 2 hingga Tadika 2.



Menemui media sewaktu acara PCF Sparkletots di Goodman Arts Centre semalam, Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo, berkata antara sebab langkah itu diperkenalkan ialah kerana PCF Sparkletots telah memperluas perkhidmatan mereka untuk menyokong keluarga yang mempunyai anak kecil dan berhasrat mahu memasukkan anak mereka dari peringkat jagaan bayi.



"Misi PCF adalah untuk memberi setiap kanak-kanak permulaan baik dalam kehidupan menerusi pendidikan prasekolah bermutu dan dimampui.



"Peningkatan HSF ini mengesahkan sekali lagi komitmen kami, dan merupakan cara kami memastikan semua warga muda Singapura boleh maju bersama tanpa mengira keadaan keluarga," kata beliau.



Menurut PCF Sparkletots, setiap kanak-kanak yang layak akan menerima geran HSF yang boleh digunakan untuk yuran sekolah bulanan di samping subsidi pemerintah, serta perbelanjaan prasekolah lain seperti seragam sekolah, bahan pembelajaran, dan darmawisata.



Justeru itu, setiap bulan, ibu bapa hanya perlu membayar sekitar $10 ke bawah bagi penjagaan kanak-kanak sepenuh hari dan $5 ke bawah bagi tadika separuh hari.



Bagi jagaan bayi pula, yuran bulanan, di samping subsidi pemerintah, akan dikurangkan ke sekitar $100 ke bawah.



Cik Teo menambah pihaknya juga mahu memberi peruntukan istimewa bagi kanak-kanak berkeperluan khas.



"Justeru bagi keluarga yang mempunyai anak berkeperluan khas yang mendaftar bersama kami, kami juga akan memberi mereka sokongan dua kali ganda," ujarnya.



Di acara PCF Sparkletots semalam, lebih 60 kanak-kanak PCF Sparkletots menyertai program pengayaan seperti Seni Seramik.



Ketua Pegawai Eksekutif PCF, Encik Victor Bay, berkata:



"HSF PCF yang dipertingkat juga akan memudahkan pergaulan sosial dan membolehkan lebih ramai kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah untuk mengambil bahagian dalam kegiatan pengayaan bersama rakan sebaya mereka."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >