Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Suntikan $40j bagi SIA Engineering tingkat upaya

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Suntikan $40j bagi SIA Engineering tingkat upaya

Jan 21, 2021 | 05:30 AM

SEKTOR aeroangkasa Singapura akan diberikan sokongan, dengan suntikan pelaburan $40 juta dalam tiga tahun mendatang.

Pelaburan itu dijangka dapat menyediakan penyenggaraan pesawat lebih berkesan yang membawa kepada masa transit lebih pendek bagi penumpang dalam dunia pasca-Covid-19 dan pengesanan kerosakan pesawat berpotensi yang lebih baik.

Diumumkan SIA Engineering Company semalam, pelaburan itu merupakan sebahagian daripada fasa kedua sebuah program untuk menjadikan kerja lebih mudah dan pantas bagi pekerjanya, dan adalah sebahagian rancangannya untuk mempertingkat proses meskipun sektor itu terjejas teruk akibat koronavirus.

Fasa terkini itu akan memberi tumpuan pada memperkemas operasi yang biasa dilakukan kakitangan penyenggaraan, termasuk memuat naik data sedia ada daripada pelbagai sumber kepada aplikasi telefon bimbit sehenti.

Fasa pertama bernilai $50 juta sebelum ini lebih tertumpu pada perkakasan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SIA Engineering, Encik Ng Chin Hwee, berkata program itu akan meletakkan sektor aeroangkasa dalam keadaan baik untuk memanfaatkan norma baru dalam dunia pasca-Covid-19.

"Kesan pandemik Covid-19 yang belum pernah dilihat sebelum ini telah menjadikannya lebih penting bagi kami teruskan fasa berikutnya. Kami berusaha menjadi lebih produktif dan inovatif... dan muncul daripada krisis ini dengan daya saing dipertingkat," kata beliau.

Menerusi aplikasi dipanggil SmartMX, pekerja boleh mendapatkan butir sejarah kerosakan sesebuah pesawat, manual penyenggaraan bagi model pesawat itu serta lokasi peralatan yang diperlukan bagi tugas mereka.

Ini akan memendekkan masa yang diluangkan pasukan pekerja bagi setiap pesawat, sama ada dalam kerja pembaikan, penyenggaraan, atau dalam transit.

Pesawat itu kemudian boleh dikerahkan semula dengan lebih cepat dan masa menunggu penumpang juga akan dikurangkan.

Dua mesin baru juga akan diperkenalkan - alat pengangkat enjin yang boleh mengurangkan tenaga manusia dan masa yang diambil untuk menukar enjin pesawat sebanyak 50 peratus, dan alat penyembur elektro-statik bagi penyahjangkitan pesawat yang akan menyebarkan titisan bahan penyahjangkit dengan lebih baik.

Menteri Pengangkutan, Encik Ong Ye Kung, yang hadir di majlis pelancaran itu semalam, berkata program itu merupakan "ajakan bertindak untuk mengubah sektor aeroangkasa bagi masa depan".

Sedang vaksin dilancarkan dan dasar seperti gelembung perjalanan udara dan laluan hijau timbal balik telah dirunding, beliau berkata sektor itu mesti terus berusaha meskipun jika belum diketahui bagaimanakah masa depan penerbangan.

"Pasca-Covid-19, permintaan penerbangan kemungkinan akan diubah secara kekal. Kita kemungkinan akan memasuki dunia yang lebih peka tentang ancaman perubahan iklim. Landskap persaingan akan ditetapkan semula selepas gempa Covid-19 ini," kata beliau.

"Kita berada di tengah-tengah bencana, dengan adanya cahaya di hujung terowong, dan dengan pengetahuan bahawa jika kita pulih, kehidupan tidak akan sama. Kesimpulan logik pemimpin adalah untuk mula berubah dari sekarang," tambah beliau.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3