Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN

Suntikan $500j bagi sektor penerbangan

Mar 10, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan menyalurkan $500 juta untuk memberi suntikan kepada sektor penerbangan sedang pelancongan udara beransur pulih.



Pakej Daya Tahan OneAviation akan membantu membangun keupayaan serta meningkatkan kapasiti untuk mengurus kenaikan bilangan pelancong, kata Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, di perbahasan belanjawan kementeriannya di Parlimen semalam.



"Sektor penerbangan memainkan peranan penting dalam memastikan kedudukan Singapura sebagai hab perdagangan dan perniagaan global.



"Justeru adalah penting kami terus menyokong syarikat dan pekerja dalam sektor itu, agar kami boleh muncul lebih kukuh, dan meraih semula status Changi sebagai hab penerbangan antarabangsa," ujar Encik Iswaran.



Daripada pakej $500 juta itu, sebanyak $60 juta akan digunakan untuk menyokong tenaga manusia, sedang syarikat membangun kapasiti bagi memenuhi permintaan.



Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataannya berkata syarikat penerbangan akan menerima sokongan gaji menerusi lanjutan Geran Pengekalan Tenaga Kerja bagi enam bulan, merangkumi 10 peratus gaji yang dibayar kepada pekerja setempat dari April hingga September 2022.



Ini tertakluk kepada had $4,600 gaji bulanan kasar setiap pekerja.



Sebanyak $390 juta pula akan digunakan bagi membantu dari segi kos dan langkah bagi melindungi kesihatan awam di lapangan terbang, manakala $50 juta akan menyokong usaha digitalisasi dan transformasi jangka panjang.



Pemerintah juga mengekalkan rebat bagi yuran dan bayaran oleh pihak berkepentingan di Lapangan Terbang Changi dan Seletar untuk tempoh enam bulan sebagai permulaan. Lapangan Terbang Changi kini mempunyai penerbangan ke sebanyak 58 peratus bandar yang dihubungkan sebelum pandemik.



Bilangan penerbangan juga mencapai 38 peratus berbanding sebelum pandemik.



Bilangan penumpang di Lapangan Terbang Changi pada awal 2021 berada di tahap 3 peratus daripada sebelum pandemik Covid-19.



Pada Disember 2021, bilangan itu meningkat kepada 15 peratus berbanding sebelum Covid-19, dengan adanya Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) dengan 32 negara.



Tahun ini, pemerintah ingin mengembalikan bilangan penumpang di Changi kepada sekurang-kurangnya 50 peratus daripada tahap sebelum pandemik.



Rentak pemulihan ini harus dikekalkan, kata Encik Iswaran.



Hab penerbangan lain seperti Dubai, Qatar dan Istanbul, telah pun mencapai hingga 70 peratus daripada trafik antarabangsa sebelum Covid.



Di rantau ini, Malaysia, Vietnam, Thailand dan Filipina telah mengumumkan rancangan membuka semula sempadan mereka kepada pelancong sudah divaksin.



Fasa seterusnya dalam pemulihan pelancongan udara ialah peralihan daripada VTL kepada perjalanan bebas kuarantin bagi semua individu sudah divaksin.



Tujuannya adalah membolehkan semua pelancong sudah divaksin penuh dari negara dan rantau di bawah kategori Kementerian Kesihatan (MOH) bagi perjalanan umum dan risiko rendah memasuki Singapura tanpa perlu menjalani Notis Jalan Keluar Rumah (SHN) atau kuarantin.



"Ini secara efektif akan membuka dan membuka semula sempadan kita kepada dunia," ujar Encik Iswaran.



MOT akan bekerjasama dengan Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) dan MOH mengenai masa untuk melaksanakan peralihan ini, yang akan bergantung pada situasi kesihatan awam di Singapura dan di dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >