Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COVID-19 DI SINGAPURA

Suntikan 'booster' bagi warga senja bermula

Sep 16, 2021 | 05:30 AM



SEBAGAI seorang pemandu kereta sewa privet, Cik Kamsinah Majid akan mengambil penumpang dari pelbagai lapisan masyarakat.



Beliau juga menganggap dirinya sebagai seorang pekerja barisan hadapan.



Justeru, nenek kepada empat cucu berusia antara tiga hingga lapan tahun itu berasa bahawa beliau perlu memainkan peranan untuk membantu usaha negara dalam menangani penularan Covid-19 dengan mendapatkan suntikan penggalak (booster shot).



"Hampir setiap hari saya akan keluar bekerja dan mengambil pelbagai penumpang, jadi dengan mengambil suntikan penggalak ini, saya berharap ia bukan sahaja dapat melindungi diri saya, malah juga para penumpang," kata Cik Kamsinah, 62 tahun.



Beliau merupakan antara sekitar lebih dari 100 warga emas berusia 60 ke atas yang telah mengambil suntikan penggalak atau dos ketiga di pusat vaksinasi di seluruh negara hingga tengah hari semalam.



Sekitar 140,000 warga emas ditawar membuat janji temu mendapatkan suntikan penggalak Covid-19 bermula semalam, termasuk penduduk di kemudahan jagaan warga emas, yang sudah selesai menerima dua dos sekurang-kurangnya enam bulan lalu.



Mereka akan diundang secara bertahap untuk menerima dos vaksin penggalak mRNA seperti Pfizer-BioNTech atau Moderna.



Warga emas yang layak akan menerima kiriman SMS untuk membuat janji temu bagi mendapatkan suntikan penggalak ini di pusat-pusat vaksinasi, poliklinik atau klinik kesediaan kesihatan awam yang terlibat, menurut Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, dalam satu catatan Facebook kelmarin.



Beliau menambah kumpulan vaksinasi bergerak dan di rumah diaktifkan sepenuhnya dan akan melakukan lawatan untuk memberi vaksin kepada mereka yang tidak dapat keluar rumah.



Sejurus mendapat kiriman SMS tersebut, Encik Hadari Asat, 68 tahun, tidak membuang banyak masa dan langsung membuat temu janji untuk mendapatkan dos ketiga itu di Kelab Masyarakat Teck Ghee, yang terletak berdekatan dengan rumahnya.



Bimbang dengan perkembangan Covid-19 terkini di sini, beliau, yang juga merupakan seorang pemandu kereta sewa privet berkata:



"Saya percaya kalau sesuatu itu mendatangkan kebaikan dan mempunyai manfaatnya, kita tidak harus berlengah-lengah, lebih-lebih lagi dengan keadaan sekarang, dengan jumlah jangkitan dalam masyarakat dan kematian yang semakin meningkat.



"Jadi, baik untuk kita ambil nasihat pemerintah dan dapatkan suntikan penggalak ini bagi mereka yang sudah berumur seperti saya."



Bersependapat, Cik Kamsinah berkata mengambil langkah pencegahan Covid-19 awal adalah satu langkah yang sangat digalakkan.



Mengenai perasaannya menerima suntikan vaksin penggalak itu, beliau berkata: "Ia rasa seperti biasa, seperti ketika dos pertama dan kedua...tidak sakit pun."



Dengan itu, Cik Kamsinah menasihatkan kepada rakan-rakan yang sebaya dengan beliau agar jangan menunggu lama lagi dan segera dapatkan vaksin penggalak.



"Jika hendak dibandingkan di negara lain, kita di Singapura ini sudah kira bernasib baik kerana semuanya sudah tersedia.



"Kalau di negara lain, mungkin mereka berebut-rebut untuk mendapatkan vaksinasi. Kita hanya perlu 'book' dan membuat temu janji sahaja. Soalannya cuma sama ada kita mahu atau tidak.



"Selain itu, apa yang penting, ia juga dapat menjamin keselamatan dan kesejahteraan keluarga serta penduduk di sini," ujar beliau.




"Jika hendak dibandingkan di negara lain, kita di Singapura ini sudah kira bernasib baik kerana semuanya sudah tersedia.

"Kalau di negara lain, mungkin mereka berebut-rebut untuk mendapat vaksinasi. Kita hanya perlu 'book' dan membuat temu janji sahaja. Soalannya cuma sama ada kita mahu atau tidak.

"Selain itu, apa yang penting, ia juga dapat menjamin keselamatan dan kesejahteraan keluarga serta penduduk di sini."

- Cik Kamsinah Majid, yang telah mendapatkan suntikan penggalak di Kelab Masyarakat Teck Ghee, semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >