Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suntikan 'booster' lawan Covid-19 mungkin diberi sekitar Tahun Baru Cina 2022, jika perlu: Ye Kung

Jul 09, 2021 | 04:40 PM



SUNTIKAN penggalak bagi vaksin Covid-19 atau 'booster shot' mungkin dimulakan sekitar Tahun Baru Cina tahun depan, jelas Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, pada Khamis (8 Julai).



Encik Ong, menerusi satu siaran langsung Instagram, memberi responsnya pada soalan oleh orang awam mengenai keadaannya apabila kita hidup dengan Covid-19.



Orang awam bertanya kepada Encik Ong jika suntikan penggalak bagi vaksin Covid-19 boleh dijangkakan dalam masa terdekat.



Encik Ong mengatakan bagi mereka yang sudah mendapat vaksinasi penuh kemungkinan besar memerlukan suntikan penggalak dengan pihak berkuasa sedang meninjau perkara ini, lapor akhbar Cina Lianhe Zaobao, yang melaporkan tentang sesi langsung Instagram itu.



Jika suntikan penggalak diperlukan, orang ramai mungkin dibenarkan mengambilnya sekitar Tahun Baru Cina, sekitar Februari tahun depan.



Encik Ong menambah memandangkan vaksin yang ada kini berkesan antara satu hingga dua tahun, suntikan penggalak mungkin diperlukan bagi menambah keimunan dan lebih berupaya melawan varian baru yang mungkin muncul.



"Tahun Baru Cina pada Februari depan datang sekitar setahun selepas program vaksinasi nasional dilancarkan. Inilah mungkinnya masa di mana orang ramai akan mula mengambil suntikan penggalak," jelasnya yang merupakan pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian mengenai Covid-19.



Beliau menambah bekalan vaksin yang ada kini cukup untuk menyuntik penduduk di sini tetapi jika suntikan penggalak diperlukan, Singapura mungkin perlu menempah lebih lagi.



Program vaksinasi Singapura bermula Disember tahun lalu, bermula dengan pekerja jagaan kesihatan dengan vaksin mRNA, Pfizer-BioNTech/Comirnaty dan Moderna mRNA digunakan.



Pada April, pengarah khidmat perubatan Singapura, Profesor Madya Kenneth Mak, berkata mereka yang telah menjalani vaksinasi penuh mungkin dilindungi bagi 15 hingga 18 bulan.



Sedang Covid-19 menjadi endemik merata dunia, Singapura mungkin perlu mengekalkan program vaksinasi yang mengambil masa beberapa tahun serta menyeluruh. Suntikan penggalak mungkin diperlukan bagi mengekalkan tahap perlindungan tinggi.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >