Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suntikan Covid-19 tanpa janji temu di pusat vaksinasi jalan lancar

Jan 06, 2023 | 05:30 AM



SEJAK Rabu lalu, pilihan untuk berjalan masuk ke pusat vaksinasi bagi sesiapa yang ingin mendapatkan suntikan Covid-19 mereka telah dilaksanakan dengan lancar.



Kebanyakan individu berkata mereka menunggu antara lima dan 10 minit untuk giliran mereka.



Individu yang layak dari sebarang kumpulan umur boleh berjalan masuk ke pusat ujian dan vaksinasi bersama (JTVC) dan pusat vaksinasi kanak-kanak dari hari Isnin hingga Sabtu tanpa perlu membuat janji temu.



Sebelum ini, hanya orang yang berumur 50 tahun ke atas boleh masuk ke JTVC untuk mendapatkan vaksin tanpa janji temu.



Pemvaksinan Covid-19 di poliklinik dan Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) akan terus memerlukan temu janji, kecuali warga emas berumur 80 tahun ke atas untuk poliklinik.



Ketika melawat tiga JTVC petang kelmarin, akhbar The Straits Times (ST) melihat beberapa kumpulan orang antara 20 dan 50 individu di setiap lokasi.



Kebanyakan daripada 21 orang yang bercakap dengan ST berkata masa menunggu untuk menerima suntikan mereka di pusat-pusat itu adalah antara lima dan 10 minit.



Pengurus perkapalan Encik Henry Lee hanya menunggu dua minit untuk mendapatkan suntikan keempatnya di JTVC Ang Mo Kio sebagai persediaan untuk perjalanan ke luar negara pada bulan Februari.



"Kakitangan di sini telah melakukan kerja yang baik dalam memudahkan proses.



"Mereka bertanya sama ada saya berada di sini untuk vaksinasi, jenis vaksin yang saya mahukan, dan mengarahkan saya ke tempat yang betul.



"Barisan beratur bergerak sangat pantas," kata lelaki berusia 60 tahun itu.



Di JTVC Kaki Bukit pula, Encik Fathul Rahman, seorang Anggota Perkhidmatan Negara, mengambil suntikan keempatnya pada Rabu lalu kerana beliau tidak bekerja pada hari itu.



Lelaki berusia 23 tahun itu berkata beliau memutuskan untuk mengambil suntikan itu untuk kesihatan dan keselamatannya.



Begitu juga pendapat Cik Dianne He, seorang pendandan rambut, yang mengambil suntikan penggalak kedua di pusat yang sama sebagai langkah berjaga-jaga terhadap Covid-19.



"Ia sangat sukar untuk mengetahui apa virus ini boleh lakukan kepada kesihatan kami pada masa hadapan.



"Jadi perkara terbaik yang perlu dilakukan adalah untuk mendapatkan suntikan untuk melindungi diri saya dan pelanggan saya," kata wanita berusia 48 tahun itu.



Walaupun tahap orang ramai boleh dikawal, kakitangan di JTVC berkata mereka menjangkakan lebih ramai orang dalam beberapa hari akan datang.



Kementerian Kesihatan (MOH) berkata tempoh menunggu yang lebih lama sepatutnya dijangka pada hari yang terdapat permintaan tinggi untuk vaksinasi, terutamanya pada hari Sabtu.



"Kami sedang menyediakan tenaga kerja tambahan supaya kami dapat memenuhi keperluan lebih ramai orang," kata seorang kakitangan di JTVC Ang Mo Kio.



MOH berkata vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty akan tersedia untuk kanak-kanak berumur enam bulan hingga empat tahun di JTVC Ang Mo Kio dan JTVC Bukit Merah mulai 16 Januari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >