Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suntikan nafas baru bagi program tunggang basikal, guna PMD secara selamat

LTA
Dec 16, 2021 | 05:30 AM



KURSUS keselamatan bagi penunggang basikal dan pengguna alat mobiliti peribadi (PMD) - Program Menunggang dengan Selamat (SRP) - diberi nama dan suntikan nafas baru mulai bulan ini.



Program itu, yang kini dipanggil Menunggang dengan Yakin, atau Confidence on Wheels (CW), disertai 84,000 orang sejak ia dilancarkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada 2018.



Di bawah struktur yang diperbaharui berdasarkan maklum balas peserta itu, program tersebut kini lebih singkat dan memaparkan perjalanan pembelajaran yang disesuaikan bagi kumpulan peserta tertentu.



Ia juga menekankan kemahiran menunggang secara praktikal bagi membantu memupuk keyakinan dan kebiasaan menunggang yang selamat, menurut LTA dalam satu kenyataan semalam.



Program itu dilancarkan Setiausaha Parlimen Kanan (Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng, di 100Plus Promenade di Stadium Negara semalam.



Meskipun tidak akan mewajibkan kursus itu ke atas semua penunggang, Encik Baey berkata kerjasama ditubuhkan dengan syarikat yang menggunakan khidmat penunggang bagi memastikan mereka mematuhi peraturan sedia ada.



"Namun, kami ingin menggalak lebih ramai menyertai program ini kerana ia bukan melibatkan individu yang menunggang untuk bekerja sahaja, malah mereka yang menggunakan jalan raya atau laluan basikal, kerana mereka juga boleh memainkan peranan untuk memupuk budaya menunggang lebih bertimbang rasa," kata beliau.



Pengarah Kumpulan, Kumpulan Mobiliti Aktif, LTA, Encik Chan Boon Fui, berkata: "Budaya bertimbang rasa di mana pengguna menunggang secara selamat dan bertanggungjawab akan membantu Singapura sedar akan manfaat mobiliti aktif sebagai salah satu pilihan pengangkutan mampan.



"Dengan program yang diperbaharui ini, kami berharap dapat menjangkau mereka yang ingin menunggang tetapi kurang keyakinan, kemahiran dan pengetahuan untuk mengamalkan mobiliti aktif."



Di bawah program CW, setiap sesi selama 45 minit akan merangkumi panduan menunggang secara selamat dan peraturan mobiliti aktif serta latihan kemahiran praktikal.



Bagi komponen teori, peserta akan menonton video lapan minit yang merangkumkan peraturan mobiliti aktif dan panduan menunggang secara selamat.



Dalam komponen praktikal, peserta boleh melalui beberapa ruang latihan untuk mendalami peraturan mobiliti aktif dan cara mempraktikkan panduan dalam senario sebenar.



Murid sekolah rendah boleh menyertai sesi demonstrasi 15 minit, di mana mereka diajar jenis laluan berbeza, alat mobiliti aktif dan amalan menunggang bertimbang rasa.



Mereka juga dapat membiasakan diri di litar yang memaparkan prasarana laluan utama olek-olek.



Program ini ditawarkan percuma bagi semua peserta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >