Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suntikan penggalak diperlukan bagi lanjutkan status vaksinasi penuh

Dec 16, 2021 | 05:30 AM



SUNTIKAN penggalak diperlukan bagi memastikan status vaksinasi penuh tidak luput.



Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata mereka yang telah mengambil dua dos vaksin mRNA, atau tiga dos vaksin Sinovac dan Sinopharm, status vaksinasi penuh mereka akan luput kecuali mereka memperolehi suntikan penggalak.



Beliau berkata demikian semasa sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19, kelmarin.



Kementerian Kesihatan (MOH) sedang berunding dengan Jawatankuasa Pakar Vaksinasi Covid-19 untuk menentukan berapa lama tempoh luput itu.



"Dengan perlindungan yang semakin berkurangan, status vaksinasi penuh tidak boleh bertahan selama-lamanya. Jadi ambil suntikan penggalak, dan status vaksinasi penuh akan dilanjutkan, dan kita boleh mengakses pelbagai kemudahan di bawah (langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi)," kata Encik Ong.



Dasar baru mengenai perubahan status vaksin sepenuhnya akan diumumkan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan, tambahnya lagi.



"Tapi yakinlah bahawa kami akan merangka dasar itu supaya jika anda tidak diberi peluang untuk mendapatkan suntikan penggalak, status vaksinasi penuh anda tidak akan luput.



"Begitu juga, jika anda tergolong dalam kumpulan yang tidak layak untuk suntikan penggalak, seperti mereka yang berumur di bawah 18 tahun, status vaksinasi penuh anda juga tidak akan luput," ujar beliau.



Menjelang akhir Januari tahun depan, 54 peratus jumlah penduduk akan menerima suntikan penggalak mereka, kata Encik Ong.



Dalam sidang media MTF itu juga diumumkan bahawa pesakit yang telah pulih daripada Covid-19 tetapi tidak diberi vaksin sepenuhnya akan diberikan hanya 180 hari pengecualian selepas jangkitan - turun daripada 270 hari - untuk memasuki tempat di mana Langkah Pengurusan Selamat Berdasarkan Status Vaksinasi (VDS) dilaksanakan.



Ini akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022.



Pengiraan bilangan hari pengecualian akan bermula dari hari keputusan ujian positif reaksi rantaian polymerase (PCR) Sars-CoV-2 pertama yang dibuat di Singapura.



MOH berkata penyelarasan itu dibuat berikutan kebimbangan mengenai kebolehjangkitan dan peningkatan risiko jangkitan semula varian Omicron, dan pengurangan perlindungan yang lebih cepat yang diperolehi melalui jangkitan yang lama.



"Orang yang pulih yang tidak diberi vaksin sepenuhnya harus berusaha menyelesaikan rejim vaksinasi utama mereka dengan segera," kata MOH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >