Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:28
Maghrib
7:19
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suntikan penggalak Moderna lebih berkesan bagi warga lebih 60 tahun yang terima vaksin Pfizer: NCID

Mar 18, 2022 | 05:30 AM



SUNTIKAN penggalak vaksin Moderna memberi warga emas perlindungan yang lebih baik terhadap Covid-19 jika mereka terdahulu mengambil vaksin Pfizer.



Demikian didapati penyelidik di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID).



Tujuh hari selepas mengambil suntikan penggalak, orang yang berusia di atas 60 tahun yang mengambil Moderna mempunyai paras antibodi purata dua kali lebih tinggi daripada mereka yang mengambil vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty, menurut kajian itu.



Ini konsisten merentasi semua varian Covid-19, kata NCID dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.



Dr Barnaby Young, ketua Rangkaian Penyelidikan Klinikal Penyakit Berjangkit Singapura di NCID, berkata tujuan kajian itu adalah untuk membina data setempat mengenai pemahaman imuniti terhadap penyakit itu melalui suntikan penggalak.



Kajian itu, yang dijalankan antara 12 Oktober dan 3 Disember tahun lalu, melibatkan 100 peserta yang telah menerima suntikan Pfizer sebagai siri utama vaksinasi Covid-19 mereka.



Separuh daripada peserta berumur 60 tahun ke atas.



Penyelidik memerhatikan bahawa walaupun pada 28 hari selepas vaksinasi, paras antibodi purata pada orang tua kekal 1.5 kali lebih tinggi bagi mereka yang mengambil vaksin penggalak Moderna.



Walau bagaimanapun, paras antibodi adalah serupa pada orang dewasa yang lebih muda bagi kedua-dua vaksin.



Bagi mereka yang berusia 60 tahun ke atas, penyelidik menyatakan bahawa peneutralan tahap antibodi terhadap varian Omicron dengan penggalak Moderna adalah pada 84.3 peratus 28 hari selepas suntikan, berbanding 72.8 peratus dengan penggalak Pfizer-BioNTech/ Comirnaty.



Peneutralan antibodi dianggap memainkan peranan penting dalam imuniti terhadap koronavirus itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >