Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Sunyi sepi tahun lalu, niaga F&B di Kg Glam kembali rancak

Apr 16, 2021 | 05:30 AM



SETAHUN lalu, Kampong Glam sunyi sepi akibat wabak Covid-19 yang melanda.



Para peniaga makanan dan minuman (F&B) tidak dapat menyambut pelanggan untuk menjamu selera di kedai mereka dan terpaksa membuat penyesuaian akibat sekatan pergerakan yang dikenakan pemutus litar.



Kini, keadaan di Kampong Glam kembali meriah dengan kunjungan warga tempatan yang menyokong perniagaan F&B di kawasan itu.



Daripada makanan Melayu, makanan 'hipster', hingga ke makanan fusion, Kampong Glam menawarkan pelbagai pilihan bagi mereka yang ingin menjamu selera.



Malah, peniaga makanan yang dihubungi Berita Harian (BH) menjangka peningkatan dalam penjualan berbanding tahun lalu dan giat berusaha memulihkan perniagaan mereka yang sebelum ini terjejas teruk.



Mereka turut meluahkan harapan agar warga tempatan terus melanggani dan menyokong perniagaan mereka supaya dapat kekal bertahan dalam suasana pandemik ini.



Mencatatkan kerugian sekitar setengah juta akibat pemutus litar tahun lalu, Encik Mustaffa Kamal, 36 tahun, pengasas bersama kumpulan rangkaian kafe Blackhole Group yang memiliki enam kafe termasuk Afterwit Mexican Taqueria, Working Title Burger Bar, The Mad Sailors dan Tipo Pasta Bar, berkata beliau menjangka penjualan akan kembali seperti biasa seperti tahun-tahun sebelum Covid-19.



"Saya mempunyai harapan memandangkan tiada bazar fizikal tahun ini dan orang ramai tidak dapat ke luar negara, tidak dapat bercuti. Oleh kerana mereka tetap berada di Singapura, harap-harap mereka akan pertimbang untuk keluar rumah lebih banyak untuk iftar mereka," ujar beliau.



Menurutnya, dalam tempoh beberapa minggu sebelum Ramadan baru-baru ini, penjualan dan jumlah pelanggan yang datang ke rangkaian kafenya agak menggalakkan.



"Kami ingin bangkit semula dan menjadi lebih mantap dan lebih baik daripada sebelumnya," tambah beliau.



Jika tahun lalu mereka terpaksa mengubah model perniagaan untuk melakukan penghantaran, Encik Mustaffa berkata tahun ini mereka ingin memberi tumpuan kepada pengalaman pelanggan menjamu selera di kedai.



Mencatatkan kerugian serupa iaitu sehingga setengah juta dolar akibat pemutus litar, pemilik The Malayan Council, Encik Mohamad Hafiz Salim Al-Khatib, 35 tahun, melahirkan kesyukuran perniagaannya masih dapat bertahan sambil berkata beliau menghargai sokongan ramai yang terus melanggani kedainya, lantas membolehkan syarikat beliau bertahan dalam pandemik ini.



Walau menjangka penjualannya akan meningkat 90 peratus berbanding tahun lalu, Encik Hafiz berkata keadaan perniagaannya masih belum mencapai tahap sama dengan waktu sebelum Covid-19 melanda.



"Kini masih terdapat banyak sekatan dengan keluarga besar tidak dapat makan bersama-sama. Dulu, kami mempunyai banyak acara syarikat dengan pelanggan akan menempah tempat bagi 20 hingga 50 orang tetapi sekarang tidak dibenarkan," tambahnya.



Bagaimanapun beliau akui bahawa keadaan kini bertambah baik berbanding tahun lalu dan beliau gembira dapat kembali bersua muka dan berinteraksi dengan pelanggan.



Beliau, yang juga telah membuka restoran baru menawarkan sajian Cina moden, The Fortune Cookie, yang terletak bertentangan The Malayan Council, berharap warga tempatan terus memberi sokongan kepada perniagaan sepertinya.



Demi membolehkan pelanggan menikmati iftar tepat pada waktu dalam keadaan lancar, Encik Hafiz menggalakkan pelanggan agar membuat tempahan atau pesanan awal.



Bagi kedai nasi padang Rumah Makan Minang pula, mereka tidak akan menerima tempahan tempat duduk bagi Ramadan ini dan hanya menerima pelanggan berdasarkan siapa dahulu, didahulukan.



Pengarah urusan restoran itu, Encik Hazmi Zin, 38 tahun, berkata sepanjang Ramadan ini, kedainya di Kandahar Street akan membuat perubahan pada waktu operasi.



Jika selalunya mereka buka awal pada sekitar 7.30 pagi untuk sarapan dan tutup selepas waktu Maghrib, restoran itu akan dibuka lebih lewat pada sekitar 10 pagi dan tutup setelah azan Isyak.



Ini, menurutnya, untuk memudahkan pelanggan Islam yang memilih untuk mengadakan iftar di sana.



Walaupun menjangkakan bahawa penjualan akan lebih baik tahun ini berbanding tempoh pemutus litar tahun lalu, Encik Hazmi berasa bahawa dengan ketiadaan bazar fizikal, ia akan menjejas jumlah orang yang datang ke kawasan Kampong Glam.



Justeru, perniagaannya membuat penyesuaian dengan menyediakan lebih banyak sajian baru seperti kuih jongkong tradisional, martabak manis, kuih-muih, biskut-biskut Raya dan lain-lain.



"Tanpa bazar, ia mungkin sukar bagi kami kerana orang ramai dulu ke Arab Street bagi mengunjungi bazar sewaktu bulan Ramadan.



"Kami sebagai peniaga tetap di sini memang mempunyai pelanggan tetap yang akan datang, tetapi bagi pelanggan baru, kami mahu pastikan terdapat kepelbagaian," ujarnya positif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >