Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Surat ayah dari penjara ceriakan anak yang bakal ke sekolah

Dec 22, 2018 | 05:29 PM



SURAT yang ditulis mungkin dikira ‘old-fashioned’ dalam era media sosial ini. 



Namun ini merupakan satu-satunya cara bagi mereka yang dipenjara untuk menghantar mesej kepada anggota keluarga yang tersayang.



Sekitar 400 pelajar, berusia antara enam dan 12 tahun, menerima surat-surat seperti itu dari ibu bapa mereka yang kini dalam penjara dalam insiatif terbaru Projek Masyarakat Reben Kuning.   



Setiap penerima diberikan beg sekolah, botol air, alat tulis dan baucar Bata yang secara keseluruhannya bernilai sekitar $50 yang ditaja Dana Reben Kuning .



Inisiatif yang diusahakan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) dan Persatuan Anti-Narkotik Singapura (Sana) ini dilancarkan di Heartbeat@Bedok, semalam.



Ia turut mendapat sokongan Kelab Masyarakat Kampong Chai Chee serta kawasan akar umbi lain.



Setiausaha Parlimen Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kesihatan), Encik Amrin Amin, yang hadir selaku tetamu terhormat, berkata salah satu cabaran proses pemenjaraan adalah perpisahan dengan orang tersayang.



Individu yang terlibat, tambahnya, juga tidak dapat hadir di majlis hari lahir mahupun langkah pertama anak mereka ke prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah mahupun detik penting lain.



“Ia memeritkan dan harus menjadi satu peringatan yang terpahat di minda bahawa undang-undang harus dipatuhi atau akan wujud akibatnya.



“Tempoh di penjara harus membawa kesan pencegahan agar masyarakat secara meluas boleh meraih manfaat daripada kadar jenayah yang rendah serta keselamatan yang kita nikmati kini, bila-bila masa, baik siang atau malam,” jelas Encik Amrin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >