GOLONGAN yang layak menerima Pakej Generasi Perintis (PGP) bakal menerima surat pemberitahuan mengenai kelayakan mereka menjelang Jun ini, kata Pengerusi Bersama Pasukan Bertindak PGP, Cik Josephine Teo, semalam.
Beliau yang juga Menteri Negara Kanan (Kewangan merangkap Pengangkutan) berkata langkah tersebut sebagai meningkatkan kesedaran dan menjadikan pakej tersebut lebih ketara kepada golongan tersebut, memandangkan pihaknya mendapati masih terdapat mereka yang kurang sedar tentang bentuk faedah yang diberikan.