Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Ucap takziah Presiden, Setiausaha Agung NTUC buat mendiang Kwek

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Ucap takziah Presiden, Setiausaha Agung NTUC buat mendiang Kwek

Nov 16, 2020 | 08:41 PM

PRESIDEN Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Cik Mary Liew dan Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng mengutus surat takziah sebagai tanda sokongan dan perpaduan kepada keluarga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hab Pembelajaran NTUC (LHUB), Encik Kwek Kok Kwong, yang meninggal dunia pada Sabtu (14 November). 

Mendiang Kwek meninggal dunia pada usia 53 tahun setelah difahamkan rebah selepas mengayuh basikal bersama sekumpulan temannya.

Satu kenyataan NTUC melampirkan surat yang ditujukan kepada balu mendiang, Cik Magdalene Tan, seorang pendidik.

Antara kandungan surat itu menyifatkan Encik Kwek sebagai CEO yang memperkukuh LHUB sebagai pemimpin dalam sektor pendidikan dan latihan lanjutan sehingga menyediakan sehingga sejuta ruang latihan sepanjang enam tahun lalu.

"Kok Kwong (panggilan buat Encik Kwek) amat fokus dalam memberi latihan terbaik kepada pekerja di Singapura, memperkukuh jalinan kerjasama yang utuh antara LHUB dengan penyedia kandungan terbaik dalam industri.

"Sebagai contoh, berbekalkan keupayaan mengenal pasti kepentingan pekerja agar mesra digital, beliau memimpin pasukannya agar bekerjasama dengan penggerak industri teknologi maklumat dan Pemerintah dalam menyokong gerakan SkillsFuture di Singapura.

"Selaku pejuang dengan nyala rasa dalam usaha mempertingkat kemahiran dan pembangunan profesional bagi mempertingkat pekerja kita, Kok Kwong sentiasa bersedia menyokong Gerakan Buruh dan kesatuan kita dalam apa jua cara yang termampu bagi membantu pekerja kita yang menjalani latihan.

"Khususnya, beliau orang penting dalam menyokong pelaksanaan operasi Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC), inisiatif utama oleh Gerakan Buruh dalam memperkukuh hubungan bersama syarikat dan kesatuan kita dalam membantu pekerja beralih sebagai Pekerja 4.0," jelas catatan surat takziah itu.

Encik Kwek juga diberi penghargaan kerana menjadi pemacu utama di sebalik banyak sumbangan nasional LHUB khususnya sewaktu pandemik Covid-19 di mana LHUB memainkan peranan utama dalam banyak insiatif nasional berupa peningkatan kemahiran dan transformasi pesat digital.

Dedikasinya dan ingatannya pada pekerja, kesatuan, dan pergerakan buruh sentiasa ada.

"Sebagai CEO, beliau sangat dihormati kerana beliau pemimpin dengan nyala rasa dan bervisi sehingga mencetus inspirasi bagi ramai daripada kita yang mengenalinya dan bekerjasama dengannya agar berusaha lebih gigih daripada sewajarnya demi kesejahteraan pekerja kita.

"Sebagai seorang anggota keluarga Gerakan Buruh, beliau sentiasa bersedia menyokong kebajikan yang dapat melanjutkan minat pekerja kita dan dirinya sentiasa ada untuk membantu golongan yang memerlukan. Beliau telah meninggalkan legasinya di LHUB bersama kita dan kita akan buat seberapa yang kita mampu bagi menjunjung nyala rasanya dan impiannya membantu pekerja kita agar mencari pekerjaan lebih baik menerusi kemahiran lebih baik," tambah surat itu lagi.

Encik Kwek juga dianggap sebagai teman, rakan sekerja dan rakan seperjuangan yang sangat baik hati, mudah didekati dan ceria. Justeru, ketiadaannya akan dirindui Gerakan Buruh.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3