Surat tawar kerja SGH kepada orang di India palsu

SURAT menawarkan kerja menggunakan nama dan logo Hospital Besar Singapura (SGH) yang telah dihantar kepada orang di India adalah palsu, kata hospital itu semalam (11 November).

SGH, menerusi Facebook, berkata surat itu tidak dihantar oleh hospital itu, dan mereka tidak mempunyai pegawai mahupun ejen di luar negara.

Surat palsu itu tidak ditandatangani dan tidak mempunyai butiran penerima, menurut hospital itu, itulah tanda-tanda surat itu palsu.

Salah satu surat itu juga menyatakan secara salah bahawa SGH terletak di Bukit Merah. SGH sebenarnya di Outram Road.

Antara jawatan yang ditawarkan dalam surat palsu itu termasuk cef Selatan India dan pengurus jabatan pentadbiran dengan gaji $1,650 dan $1,700 masing-masing.

Terdapat juga kesalahan tatabahasa dan ejaan dalam surat itu.