Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suratman, Zaqy antara penerima anugerah tertinggi alumni NTU

Oct 20, 2019 | 12:27 PM



UNIVERSITI Teknologi Nanyang (NTU), dari tahun 1950-an sehinggalah menjadi antara universiti terbaik di dunia, telah memberi pengiktirafan kepada bekas penuntut di acara Homecoming Tahunan NTU semalam (19 Oktober).



Antara 39 bekas penuntut yang diberi pengiktirafan Anugerah Alumni Nanyang, tiga daripadanya menerima pengiktirafan tertinggi - Anugerah Alumni Cemerlang Nanyang (Nanyang Distinguished Alumni Award), lapor The Straits Times (ST).



Mereka adalah, perintis sastera Melayu Encik Suratman Markasan, pengarah pengurusan Teckwah Industrial Corporation Encik Thomas Chua dan Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.



Profesor Subra Suresh, presiden NTU berkata: “Penerima tahun ini telah memberi kesan positif dalam pelbagai bidang seperti seni sastera, perniagaan, masyarakat dan perkhidmatan awam.”



Encik Suratman merupakan seorang pensyair yang memenangi pelbagai anugerah dan juga Pibgat Budaya, pengiktirafa tertinggi Singapura dalam seni, pada 2010 bagi sumbangannya terhadap sastera Singapura.



Encik Zaqy Mohamad, seorang bekas penuntut di Sekolah Kejuruteraan Elektrical dan Elektronik dan Sekolah Perniagaan Nanyang, telah mencapai kerjaya dalam firma perundingan dan teknologi seperti Arthur Andersen, IBM, Dimension Data (NTT Group) dan Ernst & Young.



Encik Chua pula seorang bekas Anggota Parlimen Dilantik (NMP) dan presiden Singapore Chinese Chamber of Commerse and Industry, yang mengubah Teckwah dari pembuat kotak kertas kepada kumpulan bekalan antarabangsa.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >