Surbana akur proses pecat pekerja boleh diurus lebih baik
Jan 25, 2017 | 05:30 AM
PASUKAN pengurusan syarikat konsultasi prasarana, Surbana Jurong, akur bahawa proses pemecatan 54 pekerjanya boleh diuruskan dengan lebih baik.
Ini selepas syarikat itu bertemu dengan dua kesatuan sekerja - Kesatuan Perusahaan Binaan dan Kayu Balak (Batu) dan Kesatuan Pekerja Perindustrian dan Perkhidmatan Singapura (Siseu) kelmarin.