Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Surbana Jurong, kesatuan sekerja bantu pekerja yang diberhentikan cari kerja baru

Jan 24, 2017 | 01:05 PM



SYARIKAT Surbana Jurong, yang memberhentikan beberapa pekerja baru-baru ini, dan pihak kesatuan kerja berkenaan kini bekerja rapat untuk menyediakan penyelesaian yang saksama dan membantu pekerja terjejas mencari pekerjaan baru.

Kededua pihak pengurusan dan kesatuan juga memberi komitmen untuk terus memperteguh hubungan pengurusan buruh.

Demikian menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh syarikat itu dan Kesatuan Pekerja Perusahaan Balak dan Binaan Bangunan (Batu) dan Kesatuan Pekerja Perusahaan dan Perkhidmatan Singapura (SISEU) pada Selasa (24 Jan).

Syarikat itu perunding cara prasarana milik Temasek Holdings itu baru-baru ini memberhentikan beberapa pekerja sebagai sebahagian daripada penyemakan semula pengurusan prestasi.

Semua pekerja yang terjejas berpangkalan di Singapura. Firma itu mempunyai sekitar 3,000 pekerja.

Surbana tidak menyatakan bilangan pekerja diberhentikan, tetapi seorang jurucakap berkata bahawa kurang daripada 0.5 peratus daripada tenaga kerja global seramai 13,000 orang terjejas. Ia bermakna sehingga 65 pekerja kehilangan pekerjaan.

Jurucakap itu menyatakan ia bukan satu pemberhentian kerja tetapi melepaskan sebilangan kecil pekerja yang berprestasi rendah.

Mereka yang terjejas telah diberi surat pemberhentian dan mengetengahkan isu itu kepada pegawai kesatuan dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Para pekerja itu diwakili Batu dan SISEU, kedua-dua adalah anggota kerabat Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).

Kedua-dua kesatuan berkata 18 ahli kesatuan terjejas, sebahagian besar daripada mereka berusia 62 tahun. Kontrak semula pekerjaan mereka telah ditamatkan lebih awal.

Pemberhentian kerja itu berlaku di tengah-tengah prospek ekonomi yang tidak menentu. Perangkaan MOM menunjukkan 13,730 pekerja telah diberhentikan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun lalu - meningkat 34.5 peratus daripada tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Surbana Jurong ditubuhkan pada Jun 2015 melalui gabungan syarikat perundingan perancangan bandar Surbana International Consultants dan kumpulan industri dan kejuruteraan infrastruktur Jurong International.

Kenyataan pada Selasa (24 Jan) menyatakan pasukan pengurusan Surbana Jurong dan kesatuan telah mengadakan pertemuan pada Isnin (23 Jan).

Syarikat itu mengakui bahawa proses pemberhentian itu boleh diuruskan dengan lebih baik.

"Surbana Jurong dan kesatuan kini bekerja rapat bersama-sama untuk menyediakan aturan yang saksama dan dipersetujui bersama bagi pekerja dan membantu mereka mencari pekerjaan baru.

"Melangkah ke hadapan, Surbana Jurong dan kesatuan juga membuat komitmen untuk terus memperteguh hubungan pengurusan buruh," jelas kenyataan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >