Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suri rumah S'pura, 57 tahun, antara 30 kes Covid-19 baru: MOH

Jan 16, 2021 | 12:12 AM



SEORANG suri rumah warga Singapura berusia 57 tahun adalah antara 30 kes jangkitan Covid-19 baru yang dikenal pasti Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (15 Januari).



Kes yang merupakan satu-satunya dalam masyarakat ini tidak menampakkan sebarang tanda jangkitan dan dikesan apabila beliau mengambil ujian prakeberangkatan Covid-19 pada 13 Januari lalu sebagai persiapan sebelum lawatannya ke Vietnam.



Menurut MOH dalam kenyataan pada Jumaat malam, hasil ujian yang diperolehi sehari selepas itu mengesahkan wanita itu menghidap koronavirus. Beliau kemudian dibawa ambulans ke Pusat Kebangsaan Bagi Penyakit Berjangkit. 



Ujian rantaian polymerase (PCR) yang dilalui menunjukkan nilai ambang kitaran (Ct) yang tinggi, menggambarkan muatan virus yang rendah. Ujian serologi wanita ini juga positif, menunjukkan kemungkinan wujud jangkitan sebelum ini.



MOH menambah, siasatan epidemiologi sedang diteruskan. Buat masa ini, semua kontak rapat wanita ini yang sudah dikenal pasti termasuk anggota keluarganya sudah diasingkan dan dikuarantin. Mereka juga akan diuji pada awal dan penghujung tempoh kuarantin agar MOH dapat mengesan kes tanpa tanda jangkitan.



Ujian serologi juga akan dikendalikan bagi mengenal pasti jika wanita berkenaan dijangkiti kontaknya.



Dalam kalangan 29 kes import yang dikesan pada Jumaat, seorang daripadanya adalah warga Singapura manakala lima yang lain adalah Penduduk Tetap (PR) Singapura yang kembali ke sini dari Amerika Syarikat, United Kingdom dan India.



Seorang pemegang pas lawatan jangka panjang dari India dan lima pemegang pas kerja yang tiba dari India, Pakistan dan Amiriah Arab Bersatu (UAE)  juga antara kes import baru yang dikenal pasti. 



Sebilangan besar kes import ini iaitu 13 orang merupakan pemegang permit kerja yang mempunyai sejarah perjalanan dari Bangladesh, India dan Myanmar. Lima daripada mereka adalah pembantu rumah asing. 



Manakala satu kes pula melibatkan kru kapal yang memiliki pas khas serta tiba ke sini dengan kapal dari UAE pada 11 Januari. Beliau tidak turun dari kapal, diuji positif Covid-19 dan langsung dihantar ke hospital apabila hasil ujiannya mengesahkan keadaannya.



Tiga kes pula adalah pemegang pas lawatan jangka pendek. Dua daripadanya datang dari India dan Myanmar untuk belajar di Singapura. Baki satu kes pula datang dari India bagi menemui suaminya, seorang PR Singapura.



Kesemua kes ini sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di Singapura. Mereka diuji positif ketika menjalani SHN atau sewaktu diasingkan.



Dalam pada itu, MOH menjelaskan tiga pemegang permit kerja dari Bangladesh yang datang ke sini pada 24 Disember 2020 menjalani SHN di kemudahan khusus hingga 7 Januari 2021.



Ujian swab mereka dibuat pada 4 Januari sewaktu SHN dan didapati negatif. Ujian selanjutnya pada 8 Januari dan 10 Januari juga negatif. Namun, ujian pada 13 Januari mengesahkan mereka positif Covid-19 walaupun nilai Ct mereka sangat tinggi.



Hasil ujian serologi mereka positif. Kerana ia menunjukkan kemungkinan ada jangkitan sebelum ini, kes-kes itu dikategorikan sebagai kes import. Menurut MOH lagi, cebisan virus RNA yang ada pada mereka akan luput dan tidak lagi berupaya menjangkiti orang lain.



Sebanyak 14 kes sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.



Manakala 51 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >