USIA beliau mungkin sudah melebihi 60 tahun, namun, Cik Fauziah Mohd Ali, kakitangan yang bertugas di Lapangan Terbang Changi masih terus terbang tinggi dan membuktikan kecemerlangannya dalam bidang khidmat pelanggan dengan merangkul anugerah demi anugerah.
Sepanjang 18 tahun berkhidmat, Cik Fauziah yang kini merupakan Eksekutif Pengalaman Changi P-Serv di mana beliau bertugas merentasi terminal, telah lima kali memenangi anugerah tertinggi Khidmat Cemerlang sejak 2007 selain anugerah Personaliti Tahun 2009.