Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suspek budak suruhan tailong dibawa ke tempat jenayah

Sep 07, 2017 | 05:30 AM



SEORANG belia berusia 21 tahun, Muhammad Danish Abdul Malik, yang didakwa di Mahkamah Negara baru-baru ini atas tuduhan melakukan gangguan tailong di sebuah flat di Sin Ming Avenue telah dibawa polis ke tempat kejadian semalam.



Muhammad Danish didakwa membakar pintu sebuah unit di tingkat tiga Blok 443 Sin Ming Avenue sekitar 7.30 malam pada 28 Ogos lalu.



Menurut kertas pertuduhan, dia bertindak bersama seorang individu bernama Mohamad Adnan Mohamad bagi pihak pemiutang terlarang yang dikenali sebagai 'Aurora' untuk melakukan sesuatu yang berkemungkinan mengganggu pemilik flat unit berkenaan dan keluarganya berhubung pinjaman yang diambil seorang individu lain.



Selain membakar pintu unit tersebut, dia juga didakwa menampal nota di tembok sebelah flat itu.



Semalam, sebahagian nota itu masih dapat dilihat.



Muhammad Danish, yang dipercayai ditangkap polis pada 31 Ogos, tiba di tempat kejadian dalam sebuah kereta dengan memakai kemeja-T merah dan seluar bermuda gelap.



Dengan menundukkan kepala, dia dibawa daripada kereta tersebut dengan pergelangan tangan dan buku lalinya diikat.



Polis membawanya ke pintu depan flat terbabit dan Muhammad Danish menyingkap kepada mereka apa yang dia lakukan.



Apabila Berita Harian berada di tempat kejadian itu semalam, beberapa kamera polis dapat dilihat di sekitar kawasan blok itu termasuk di depan lif tingkat satu dan dekat tangga.



Di bawah Akta Pemiutang (Edisi Disemak 2010), pesalah kali pertama yang didapati bersalah bertindak bagi pihak pemiutang terlarang, melakukan atau cuba melakukan gangguan boleh dipenjara sehingga lima tahun, didenda antara $5,000 dengan $50,000, serta disebat antara tiga dengan enam kali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >