Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Suspek ketua sindiket kelong bola sepak Dan Tan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan

Nov 25, 2015 | 01:21 PM



Ahli perniagaan Dan Tan Seet Eng, yang dinamakan oleh Interpol sebagai "ketua sindiket penetap keputusan perlawanan (bola sepak) paling terkenal di dunia", dibebaskan daripada tahanan oleh Mahkamah Rayuan pada Rabu (25 Nov).


Tan, 51 tahun, ditahan di penjara sejak Oktober 2013 di bawah Akta Undang-Undang Jenayah (Peruntukan Sementara), yang membolehkan Menteri Dalam Negeri memerintahkan penahanan penjenayah yang disyaki tanpa perbicaraan.


Perintah itu boleh dikenakan sehingga setahun dan dikaji semula setiap tahun.


Tan, yang diwakili Encik Hamidul Haq dan Encik Thong Chee Kun, mencabar penahanannya yang berterusan.


Pada Rabu, Mahkamah Rayuan memutuskan penahanannya tidak sah.


Hakim Besar Sundaresh Menon, berkata semasa menyampaikan keputusan mahkamah tiga hakim itu bahawa raison d'etre (tujuan utama) Akta tersebut ialah perlindungan keselamatan awam, keamanan dan ketenteraman di Singapura.


Bagaimanapun, alasan yang diberi bagi penahanan Tan - menetapkan perlawanan bola sepak di negara termasuk Mesir, Afrika Selatan, Nigeria dan Turkey - tidak banyak berkaitan dengan Singapura.


"Walaupun... perbuatan itu tercela dan tidak patut dibiarkan, tidak ada yang menunjukkan apakah, atau bagaimana, kegiatan itu boleh dianggap mempunyai kaitan dengan keselamatan awam, keamanan dan ketenteraman di Singapura," katanya.


"Semua perlawanan itu, yang keputusannya ditetap, sama ada dengan jayanya atau tidak, berlangsung di luar negara kita."


Tan didakwa menjadi ketua sebuah berpangkalan di Singapura yang menetapkan keputusan perlawanan bola sepak.


Pada Disember 2011, dia dinamakan sebagai dalang kegiatan menetapkan keputusan perlawanan liga Serie A dan Serie B Italy.


Dia juga dituduh tanpa kehadirannya oleh mahkamah Hungary pada Mei 2013 kerana dikatakan memainkan peranan dalam penetapan keputusan perlawanan di sana.


Pada September 2013, Tan dan 13 yang lain ditangkap oleh pihak berkuasa Singapura. Dia kemudian diletak di bawah tahanan tanpa bicara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >